October 8th, 2015

Artis hot Fara Mendoza mendapat populariti sekelip mata setelah mendedahkan perbualannya di WeChat dengan pelakon Fizz Fairuz yang sudah beristeri. Sejak itu Fara mula dikenali ramai dan kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram.


 photo fara1_1.jpg

Semalam, Fara telah memuat naik satu video seksinya ke Istagram. Video itu menampilkan Fara baru pulang kerja sedang menaiki sebuah kereta mewah.

Aksinya mendapat reaksi negatif pengikutnya di Instagram.


 photo fara2.jpg
Mungkin disebabkan kritikan yang diterima, Fara telah memadam video tersebut. Apa yang menarik perhatian, Fara tidak memandu kereta itu, sebaliknya duduk di kerusi penumpang. Untunglah ada yang hantar pulang ke rumah dari tempat kerja dengan menaiki kereta mewah.

Apa pun, diharap Fara akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik video selepas ini. Bila kena kecam nanti susah payah pula mahu padamkan, bukan? Semoga Fara akan sukses selalu dan tak sabar kami nak lihat filem terbaru lakonan Fara.

Jom LIKE & SHARE fanpage Myaboriginesfest Festival Kesenian Orang Asli & Peribumi Antarabangsa pada 23, 24 & 25 Oktober 2015 ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 5 October 2015

 


Comments are closed.

Loading...