February 3rd, 2016

Baru-baru ini, Fara Fauzana dikatakan sedang menjalin percintaan bersama dengan seorang juruterbang  dalam satu ruangan gosip di akhbar tempatan.

Ramai yang menerima berita itu dengan baik dan peminat juga sudah mula teruja kerana akhirnya personaliti kegemaran mereka sudah bertemu dengan jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

Untuk mendapatkan kepastian, pihak media ada bertanyakan hal berkenaan kepada Fara ketika bertemu dengan beliau pada sidang media filem animasi Boboiboy  semalam.

Namun, Fara seakan mengelak daripada soalan tersebut dan memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang komen tentang  gosip tersebut.

Maaf, saya tidak mahu menjawab. Saya tahu anda semua menyayangi saya dan saya juga sayang anda.

Tidak apalah, mungkin mereka baru sahaja dalam fasa perkenalan dan Fara tidak mahu memberitahu sesuatu perkara yang belum pasti. Bagi Fara sedikit ruang dan kami yakin satu hari nanti beliau akan umumkan sendiri status terkini beliau.

Sumber Berita: Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...