Walaubagaimanapun, salah faham itu telah berakhir apabila Fafau secara peribadi telah memohon maaf kepada Elly ketika konsert Gegar Vaganza 3 minggu lalu.
Menurut Elly, beliau kebetulan duduk bersebelahan Fafau dan penyampai radio itu memohon maaf kepadanya.
Fara ada menegur saya dan bertanya sekiranya saya marah terhadapnya dan jujur saya memberitahunya saya memang marah. Tetapi saya menghormati Fara kerana dia meminta maaf dan saya terima dengan baik kerana mungkin dia tidak sengaja atau pun tersilap kata.
Memang pada awalnya saya terasa hati tetapi ia perkara kecil dan kami pun sebenarnya tiada sebarang masalah cuma salah faham sahaja. Semuanya sudah selesai.
Alhamdullilah, baguslah kalau Elly tidak lagi memendam rasa dengan gurauan Fafau. Kami juga hormat dengan Fafau yang secara empat mata memohon maaf kepada Elly. Lebih tenang bukan kalau semua salah faham sudah berakhir.