Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fara Fauzana Jelas Isu Pakai Cincin & Dirisik

Pagi semalam, kecoh sebentar konti radio Hot FM AM Krew apabila Fara Fauzana telah diusik oleh AG dan Tun Nadia mengenai cincin yang dipakai oleh Fara yang sebelum ini tidak pernah dilihat dan mereka menyatakan mungkin ia adalah pemberian seseorang ataupun personaliti terkenal itu sudah dirisik.

Jelas Fara, cincin tersebut baru sahaja dibeli dan  bukanlah cincin merisik seperti yang diperkatakan.

Advertisement

Itu cuma usikan nakal rakan-rakan di Hot FM berikutan usikan Awal Ashaari di program hiburan Melodi semalam (Ahad).

Rakan-rakan penyampai radio di sini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan saya, jadi pagi ini saya terkena. Saya harap tiada pihak yang keliru atau salah sangka pula yer.

Fara atau mesra disapa Fafau seringkali diajukan soalan baik daripada media mahupun peminat tentang bilakah beliau akan berumah tangga. Walaupun berkali-kali mereka bertanyakan soalan yang sama, Penyampai Radio Paling Popular ABPBH 2014 itu tidak pernah tersinggung mahupun berkecil hati.

Saya dah biasa dengan soalan dan usikan tentang kahwin. Tak marah pun. Bagi saya semua itu adalah satu doa. InsyaAllah satu hari nanti.

Sejujurnya pasti ramai yang ingin melihat Fafau bahagia di samping seseorang bukan? Doakan sahaja beliau akan bertemu dengan jodoh yang baik dan mana tahu akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi? InshaAllah.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top