April 30th, 2014

Rupa-rupanya sudah hampir 2 bulan Fara Fauzana atau lebih popular dengan nama Fafau tampil dengan imej berselendang. Dalam diam, Fafau kini dalam proses secara berperingkat untuk bertudung sepenuhnya. Tidak ramai yang mengetahui mengenai imej baru ini kerana empunya badan mahu merahsiakannya. Mula-mula berselendang dulu, lama kelamaan Insya Allah akan menutup aurat sepenuhnya.

fafau selendang

Bagi Abang Nara, ini satu permulaan yang bagus buat Fafau. Daripada tak ada niat langsung nak berubah, at least berselendang pun dah kira okay dah. Kata Fafau kepada Harian Metro hari ini:-

Sudah hampir 2 bulan saya mengenakan imej sebegini. Saya melihatnya sebagai satu proses secara berperingkat selain langkah permulaan untuk ke arah bertudung sepenuhnya.

Saya sebenarnya kurang selesa apabila perkataan “berhijrah” digunakan kerana saya sendiri tidak pasti apakah perkataan sesuai untuk menggambarkan perubahan kecil ini. Ia belum sempurna lagi sebenarnya.

Justeru saya mohon agar umum tidak salah anggap dengan pendekatan yang saya lakukan ketika ini. Memang ada yang bertanya kenapa tidak pakai terus atau adakah ini sekadar gaya, tetapi memlih untuk membiasakan diri terlebih dan berharap suatu hari nanti saya akan bertudung sepenuhnya sampai bila-bila.

fafau selendang

Fara Fauzana sebenarnya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai imej terbarunya ini. Namun biasalah kalau dah namanya selebriti popular, pasti orang akan dapat tahu jugak. Apa pun, tahniah kepada Fafau atas perubahan kecil ini. Semoga jangan ambil masa lama sangat untuk bertudung sepenuhnya. Abang Nara percaya anda akan tampil lebih menawan dengan bertudung. Entah-entah bertemu jodoh apabila berhijrah sepenuhnya kelak. Siapa tahu kan?


Comments are closed.

Loading...