Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fara Fauzana Bakal Ganti Tempat Scha Di Muzik-Muzik?

AJL29 yang lalu menyaksikan kemunculan terakhir Scha Al Yahya di dalam rancangan tersebut. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan tempat Scha sekaligus bergandingan dengan AG. Nama yang disebut-sebut ialah Fara Fauzana yang baru-baru ini telah berhenti daripada mengacara Nona. Desas-desus ini sudah bertiup kencang namun kesemuanya hanya akan terjawab pada sidang media esok.

fara fauzana muzik-muzik

Advertisement

Secara jujur, Abang Nara mahukan diva vas kedebas Azwan Ali untuk kembali mengacarakan Muzik-Muzik. Memang bombastik sungguh. Teringat kenangan ketika Azwan Ali mengacarakan program tersebut. Memang power. Memang setiap minggu tak akan terlepas tengok. Tetapi kalau Fara Fauzana pun okay jugak. Fafau memang banyak pengalaman mengacara. Sebelum ini pun Fafau pernah mengacara program hiburan iaitu Melodi. Jadi setakat Muzik-Muzik tue memang ‘makanan’ Fafau rasanya.

azwan ali

Apa pun sama-samalah kita nantikan pengumumkan pengacara Muzik-Muzik pada hari esok. Kemungkinan besar memang nama Fafau yang akan diumumkan. Apa pendapat anda dengan pemilihan ini? Sesuai atau tidak? Adakah anda mempunyai nama lain yang lebih sesuai?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama