“Famous Pun Sebab Bini Kau” – Ryzal Ibrahim Durian Kimchi Dikecam ‘Menganjing’ Golongan B40

Kehidupan

“Famous Pun Sebab Bini Kau” – Ryzal Ibrahim Durian Kimchi Dikecam ‘Menganjing’ Golongan B40

Pensohor media sosial, Ryzal Ibrahim yang terkenal dengan saluran YouTube Durian Kimchi bersama isterinya, Maryam You Narae semalam menjadi tumpuan warga maya apabila dia dikatakan memerli golongan B40 di TikTok.

Dalam video tersebut, Ryzal merakam video dengan kapsyen ‘rutin kehidupan B40’ namun memakai pakaian berjenama mewah dan membeli barangan di pasaraya yang sinonim dengan golongan berpendapatan tinggi.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menempelak video yang dimuat naik Ryzal itu dan menganggap ia menghina golongan B40 di Malaysia.

Bila mana kekayaan itu berjaya menjadikan kita zuhud dan dekat dengan Allah, itu adalah nikmat. Beringatlah, hidup umpama roda. Kadang-kadang kita di atas kadang-kadang di bawah.

Malah, ada yang beranggapan Ryzal hanya ‘menumpang’ populariti isterinya semata-mata.

Dianggap sebagai tidak lagi relevan, netizen turut menasihatkan agar Ryzal membuat permohonan maaf kepada mereka yang terkesan dengan video tersebut.

Elcah influencer cerai
1 year ago

"Kita Bukan Janda Menempel Duit Jantan" - 'Influencer' Kahwin 8 Hari Sah Bercerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...