Famous Betul Elya Sekarang Ek? Korang Kenal Ke Tak?

Hiburan

Famous Betul Elya Sekarang Ek? Korang Kenal Ke Tak?

Stres betul la lately ni, dah lah gaya hidup berubah 180 darjah, keluar pun tak boleh ikut suka hati lagi sebab norma baharu. Lepas tu, gaji pun kena potong sebab syarikat tak dapat tampung perbelanjaan. Haih lah nasib..

Dah tu, trending pulak netizen mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini dah mula membuat permohonan i-Sinar.

Advertisement

Dengar cerita, majoriti yang keluarkan simpanan masa hadapan tu adalah mereka yang terkesan dengan keadaan semasa sekarang. Yelah, dah tak ada kerja, macam mana nak hidup, nak makan, sewa rumah, anak-anak lagi. Hmm, dugaan-dugaan…

Tak cukup dengan tu, muncul pula kisah gadis misteri, “Elya” yang secara tiba-tiba hangat diperkatakan netizen kebelakangan ini.

Siapa pulak Elya ni? Ya, dia lah gadis Chatbot KWSP, atau penasihat online yang sentiasa buat hati anda rasa seakan ragu-ragu, “Nak keluarkan ke tak simpanan aku ni erk” Ahh, giteww.

Tapi, bukanlah Elya yang jadi isunya, tapi apa yang kami nak sampaikan sekarang ini adalah manfaat menyimpan di KWSP itu sendiri. Kami faham, kebanyakan kita terkesan dengan keadaan sekarang, ramai yang susah, tapi masa depan pun kena ambil kisah jugak tau.

Kepentingan KWSP Pada Hari Tua

Kita ni takde la muda selamanya, tiba masa tua jugak nanti. Sebab tulah kena beringat untuk masa depan. Nak menyimpan sendiri memang susah, ada je nak spend dekat mana-mana, last-last dalam akaun tinggal RM2.50 setiap hujung bulan, macam mana nak saving?

Cer bayangkan kalau KWSP ini tak ada. Mampu ke kita menyimpan semua duit-duit kita sendiri? Cukup ke disiplin? Haa, tanya diri sendiri.

Ya, memang betul lah KWSP itu adalah duit korang sebagai pencarum, tapi kena ingat jugak, duit tu untuk guna masa hari tua nanti, esok tak larat nak kerja, apa nak jadi? Kalau dah berpusu-pusu keluarkan sekarang, dah jadi warga emas nanti nak makan apa?

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Bayangkan dengan simpanan sekarang, walaupun nampak je sikit, tapi bila lama-lama, baru nampak hasilnya. Kalau sebulan dua, atau setahun dua memang la tak rasa macam lagi. Banyak yang boleh dibelanjakan kalau kita start menabung dari sekarang, boleh spend untuk rumah cantik dan selesa, nak travel satu dunia pun tak ada hal. Yalah, anak semua dah besar, komitmen dah habis, apa lagi, bolehlah tunaikan niat nak travel dari zaman muda.

Untuk umat Islam pulak, bila ada kewangan yang kukuh, bolehlah lagi banyak bersedekah dan membuat kebajikan dan derma. Lagi pun takkan miskin orang yang banyak memberi ni kan? Tengok macam Ustaz Ebit Lew, sangat-sangat sepatutnya jadi inspirasi untuk kita semua berbuat baik sesama manusia tak kira agama dan bangsa.

Kalau tak terkesan sangat dengan keadaan sekarang, biar je simpanan dalam akaun untuk kegunaan masa depan. Jangan usik simpanan tu sekarang. Kata orang, bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian. Struggle sikit sekarang pun okay, asalkan masa depan terjamin dan cerah nanti.

Fikir Dahulu Sebelum Bertindak

Memang tak salah kalau keluarkan wang yang korang simpan dalam KWSP itu sekarang, tapi beringatlah sebaik-baiknya supaya manfaatkan sepenuhnya dahulu segala bentuk bantuan yang diberikan kerajaan sebelum withdraw dana persaraan tersebut.

Perit dan susah macam mana sekalipun sekarang, masa tua nanti lagi nak pakai duit yang cukup. Dah lah zaman makin moden, kos sara hidup pula makin meningkat. Pendek kata, fikirlah masak-masak okay, menyesal nanti tak guna dah kalau benda dah lepas kan?

Jadi, simpanlah duit korang dengan bijak. Keluarkan kalau benar-benar perlu je. Jangan ambil kesempatan ini untuk beli gajet baru ke, modified kereta ke, bazir je guys. 

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Susah-susah sekarang so, esok tak perlu dah hadap semua ni. Semuanya akan berbaloi satu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...