FamilyMart Kembalikan Aiskrim Perisa Belgian Dark Chocolate Untuk ‘March Babies’ Nikmati Secara Percuma

Trending

FamilyMart Kembalikan Aiskrim Perisa Belgian Dark Chocolate Untuk ‘March Babies’ Nikmati Secara Percuma

Aiskrim perisa kegemaran ramai dari FamilyMart Belgian Dark Chocolate kini kembali! Aiskrim atau Sofuto antara produk yang sering laris di FamilyMart dalam kalangan rakyat Malaysia lagi-lagi dengan cuaca panas di sini. Seperti bulan-bulan sebelumnya, kali ini FamilyMart akan belanja anda aiskrim percuma!

Untuk mereka yang lahir pada bulan Mac, kini anda boleh nikmati aiskrim perisa Belgian Dark Chocolate ini secara percuma sebagai hadiah hari jadi dari FamilyMart. Buat sementara ini, aiskrim perisa Matcha dihentikan untuk seketika bagi memberi laluan kepada perisa Belgian Dark Chocolate.

Advertisement

Jadi untuk anda yang nak menebus aiskrim percuma ini, caranya mudah saja! Anda hanya perlu muat turun aplikasi FamilyMart di telefon pintar anda dan mendaftar sebagai ahli. Selepas itu, pergi ke bahagian Reward dan klik pada Birthday Voucher untuk tunjukkan kepada cashier di kaunter.

Bagi yang bukan lahir pada bulan Mac pula, jangan risau kerana anda masih berpeluang menikmati aiskrim Dark Belgian Chocolate ini seperti biasa pada harga RM2.90. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2020 ini di semua cawangan FamilyMart kecuali di Genting Highlands dan KLIA2.

Selamat menikmati aiskrim percuma!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...