FamilyMart Kedai Serbaneka 24 Jam Di Jepun Kini Di Malaysia!

Travel

FamilyMart Kedai Serbaneka 24 Jam Di Jepun Kini Di Malaysia!

FamilyMart merupakan kedai serbaneka (convenience store) yang menjual pelbagai jenis barangan asas seperti makanan ringan, minuman, majalah, dan pelbagai lagi. FamilyMart juga merupakan kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun selepas 7 eleven.

FamilyMart mula bertapak di Jepun pada 1 September 1981. Seterusnya, FamilyMart telah membuka cawangan di pelbagai negara pada Disember 2016 yang lepas ia juga telah merasmikan cawangannya mereka di Malaysia. Di Jepun kedai serbaneka seperti FamilyMart ini dipanggil sebagai Konbini (Japanese ????), ia diubah suai daripada perkataan asal bahasa inggeris iaitu Convenience.

Advertisement

FamilyMart Adalah Kedai Serbaneka 24 Jam Yang Popular Di Jepun Kini Ada Di Malaysia!

Terdapat pelbagai makanan,minuman dan icecream yang sedap di FamilyMart dan semestinya Halal. Dari segi makanan pula terdapat, bento nasi, udon, soba, onigiri, sandwich dan juga kek.

Kalau semua nak tahu, makanan yang paling popular di kalangan masyarakat Jepun adalah “ODEN”. Cara nak mengambil Oden ni ialah, ambil bekas “cup”, pilih makanan yang anda suka menggunakan senduk yang disediakan, dan kemudian masukkan sedikit sup rebusan. Oden ini biasanya terletak di kaunter bayaran.

Tetapi bagi siapa yang hendak pergi melancong ke Jepun, anda kena ingat di FamilyMart sana bukan semua makanannya Halal ye. Namun jika nak dibandingkan dengan kedai serbaneka 24 jam yang lain di Jepun itu, FamilyMart paling banyak punyai makanan yang Halal dan boleh dimakan oleh Muslim.

Contohnya, onigiri (nasi kepal). Kalau di FamilyMart onigiri ikannya tiada alkohol (Halal), tapi di kedai serbaneka yang lain onigiri ikannya ada alkohol bermaksud (Tidak Halal). Jadi anda dikendaki untuk berhati-hati jika mahu melancong ke sana.

Ini adalah antara website yang memberitahu tentang Halal Japan : Halal Media Japan, Halal Gourmet, dan Halal In Japan

Sumber : Arniesamsudin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...