“Family Suka, ‘Restu’ Tengok Saya Dengan Amira Othman” – Fattah Amin

Hiburan

“Family Suka, ‘Restu’ Tengok Saya Dengan Amira Othman” – Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa keluarganya menyambut baik kehadiran penyanyi Amira Othman dalam hidupnya.

Ketika ditemui oleh OhBulan!, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi bahawa keluarganya gembira serta merestui hubungan baiknya dengan Amira.

Advertisement

Alhamdulillah, keluarga saya merestui. Mereka suka kerana Amira juga pernah hadir ke majlis bersama keluarga saya sebelum ini.

Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira.

Selain itu, pelakon drama Keluarga Itu ini menggambarkan Amira sebagai seorang rakan kerja yang baik, dan mereka selesa berkawan rapat. Namun, Fattah berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Kami hanya mesra sebagai teman sekerja.

Dalam pada itu, Fattah turut mengirimkan doa buat Amira yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

“Ada saya kirimkan doa kepadanya. Dia pun ke sana pada waktu yang sangat istimewa, iaitu 10 malam terakhir Ramadan, di mana doa mustajab. Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan.” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 days ago

"Netizen Ingat Saya Kac*p Ketika Itu, Tapi.." - Farid Kamil Imbas Saat Ditegur Bapa Minta Jangan Jadi Macam Jamal Abdillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...