FAMA Dan Shopee Lancar Jual Durian Secara Dalam Talian Yang Pertama Di Malaysia

Trending

FAMA Dan Shopee Lancar Jual Durian Secara Dalam Talian Yang Pertama Di Malaysia

Penangan raja buah ini pastinya membuatkan ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkannya. Setiap kali musim durian, dapat dilihat ramai peniaga di tepi jalan yang menawarkan harga terbaik untuk durian yang dijual mereka.

Tidak mahu terlepas, buat pertama kalinya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan platform e-dagang, Shopee  bekerjasama memasarkan durian secara dalam talian atau ‘Durian E-Fiesta’ bermula hari ini sehingga 19 Julai 2020.

Advertisement

Durian E-Fiesta

Penggemar durian boleh memilih pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, kampung dan sebagainya menerusi pembelian dalam talian yang pertama di Malaysia itu.

Selain itu, FAMA dan Shopee juga akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar potongan harga RM5 dan RM20 dengan perbelanjaan minimum yang ditetapkan serta pelbagai lagi tawaran menarik.

Pengguna juga dapat menikmati Musang King di jualan kilat ‘Shocking Sale’ pada harga RM10 sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata mereka mengambil kira pengguna yang mungkin kurang menggemari buah itu. Oleh itu, Durian E-Fiesta turut memasarkan buah-buahan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nanas dan banyak lagi pada kempen berkenaan.

Untuk makluman, edisi pertama kempen ini hanya terhad di Lembah Klang sahaja bagi menjamin kesegaran buah-buahan dan penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat. Jadi tak ada isu pengguna terpaksa menunggu lama untuk menikmati buah durian yang dipesan dalam talian.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...