Faktor-faktor Perceraian Perkahwinan Bawah Lima Tahun Ini Boleh Buat Anda Ketawa

Trending

Faktor-faktor Perceraian Perkahwinan Bawah Lima Tahun Ini Boleh Buat Anda Ketawa

Timbalan Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Hannah Yeoh baru-baru ini mendedahkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukkan ada hal-hal yang lazim dan kecil boleh menyumbang kepada masalah rumahtangga sehingga membawa perceraian.

Yeoh menjawab soalan Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanya mengenai kes perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin serta punca-puncanya.

Advertisement

Kata Yeoh mengikut statistik kementerian ada 2,932 kes perceraian di seluruh Wilayah Persekutuan saja antara 2013 dan 2017, manakala data di negeri lain sedang dikumpul.

Bagi orang bulan Islam pula, statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan ada 14,440 kes perceraian di bawah usia perkawinan lima tahun bagi 2013 hingga 2017.

Dalam tempoh berkenaan Johor paling tinggi iaitu 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan 2,771 kes dan Selangor 1,858 kes.

Yeoh yang juga anggota parlimen Segambut berkata tempoh lima tahun pertama perkahwinan sangat mencabar kerana kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2014, lebih satu per tiga kes perceraian berlaku dalam jangka waktu itu.
Katanya antara punca-punca utama perceraian pada perkawinan pertama lelaki ialah tiada persefahaman (56.2 peratus), isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus).

Bagi wanita pula katanya 38 peratus menyatakan punca utama perceraian kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang (20.5 peratus), dan suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

Jadi langkah diambil kerajaan untuk memantapkan institusi perkahwinan dan keluarga ialah melaksanakan program pra dan pascaperkahwinan bagi memberikan asas kukuh membina keluarga bahagia, terutama bagi pasangan baru berkahwin.

Berikut pula ialah punca-punca perceraian bagi perkahwinan bawah lima tahun mengikut statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor:

  • Punggung isteri menggerutu

  • Suami tidak pandai melakukan hubungan seks

  • Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori

  • Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau

  • Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai

  • isteri suka membasuh baju pada waktu malam

  • Suami mencurigai setiap tindakan isteri

  • Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.

  • Berbeza fahaman politik

  • Suami tidak suka isteri makan dalam kereta

  • Gaji suami lebih rendah

  • Isteri lambat menyediakan makanan

  • Pasangan bangun tidur lewat

  • Suami bekerja tidak tentu masa

  • Anak demam dan tidak sihat

  • Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih

  • Pasangan terlalu cerewet

  • Pasangan tidur berdengkur

  • Pasangan gemar membeli-belah

  • Suami tangkai jering (kedekut)

  • Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju

  • Berebut rancangan televisyen

  • Pasangan lupa pam tandas

Faktor-faktor ini mendapat beberapa reaksi yang menarik di Twitter:

Ada jua mengatakan alasan remeh-temeh hanya sekadar alasan, sebab sebenarnya ialah kurang ilmu agama dan tiada toleransi dalam menerima kelebihan dan kekurangan satu sama lain. Apa pendapat anda?

Sumber: Fahmi Fadzil, MalaysiaKini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...