Kami pasti ramai peminat tegar kenderaan Honda Accord di luar sana. Peminat kereta ini bukan sahaja dari golongan muda malahan golongan tua juga sangat memuja kereta ini. Admin boleh lihat sendiri kerana ayah kawan admin dan juga bapa saudara admin merupakan peminat tegar kereta ni. Ayah kawan admin masih menyimpan kereta Honda Accord tahun 1990-93 di rumah beliau dan kereta tersebut berada dalam keadaan terbaik seperti baru keluar kedai. Bapa saudara admin juga memandu kereta Honda Accord 2008-12 selepas menjual kereta versi 1998-02 miliknya. Di malaysia banyak terdapat kelub kereta Honda Accord dan sememangnya kereta ini masih releven dengan naik taraf yang baru dalam perkembangan kereta dari syarikat lain.
Sumber: Visually