Fakta Atau Mitos Semata? Makan Coklat Waktu Pagi Boleh Kuruskan Badan

Makanan

Fakta Atau Mitos Semata? Makan Coklat Waktu Pagi Boleh Kuruskan Badan

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko dan memang tidak dapat dinafikan coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang paling popular di serata dunia.

Menurut laporan Daily Star, satu kajian di mana dengan memakan coklat pada waktu pagi dapat membantu membakar lemak dalam tubuh.

Advertisement

Menurut para saintis di Brigham dan Hospital Wanita di Boston, Amerika Syarikat memberikan coklat susu kepada 19 wanita selepas satu jam bangun dari tidur dan satu jam sebelum tidur selama dua minggu.

Berdasarkan hasil kajian itu, ia mendapati bahawa pengambilan coklat tidak memberi perbezaan dalam berat badan peserta dan malah sebenarnya mengurangkan berat badan.

Kesimpulan dari kajian, memakan coklat pada waktu pagi dapat membantu membakar lemak dan mengurangkan kadar glukosa dalam darah. Ia mungkin disebabkan oleh flavanol, bahan kimia bermanfaat yang didapati secara semula jadi dalam koko meningkatkan pengoksidaan lemak.

Makan coklat waktu pagi boleh membantu membakar lemak dalam badan.

Sebaliknya, memakan coklat pada malam hari mendorong perubahan aturan pola tidur dan mengubah kadar metabolisme seseorang.

Menurut Saintis Pakar Saraf, Frank AJL Scheer, memakan coklat memberi kesan berbeza jika diambil dalam dua waktu berbeza iaitu pagi dan malam.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...