“Alah bencinya eyelash comot ni!”
Salah satu masalah dalam solekan adalah bulu mata yang jarang, lurus dan pendek. Ada yang terpaksa memakai bulu mata palsu untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Buang semua bulu mata palsu korang!!
Sebab sekarang dah ada Maskara Rimmel Thrill Seeker. Maskara ini tengah hangat diperkatakan sebab memberikan effect bulu mata panjang melentik tanpa perlu pakai bulu mata palsu pun!
Rimmel Thrill Seeker Mascara WAJIB Dimiliki Masa Kini
Siapa yang tak tau jenama alat solek nombor satu daripada United Kingdom, Rimmel ni memang rugi!
Baru-baru ni, jenama Rimmel baru saja melancarkan satu produk terbaru iaitu Rimmel Thrill Seeker Mascara yang membuatkan bulu mata lentik dan lebat tanpa menambah berat.
Ia mengandungi formula kosmetik Panthenol, iaitu provitamin B5, yang boleh menjadikan bulu mata lebih panjang dan tebal. Tapi paling best ia mudah dibersihkan. Selepas dicuci pun, bulu mata terasa lembap dan bahan ni menjadi rahsia bulu mata sihat dan lebih halus!
Bulu mata lebih lembut & panjang
Masa mula-mula tengok gambar ni, benda pertama yang kami perhatikan ialah volume pada bulu mata mereka. Hasil daripada maskara ni nampak natural sangat dan tak nampak berat langsung!
Lepas tu, bulu mata pun nampak panjang macam bulu mata asli. Fake eyelashes, who?~
Kami pun teruslah cari Rimmel Thrill Seeker Maskara dekat TikTok dan terjumpa satu influencer based dekat London, Chloe.
Korang tengoklah sendiri dia review maskara ni, terus kami rasa nak beli satu!
@glambyflo #AD my mascara routine using the @rimmellondon Thrill Seeker mascara?? #RimmelLondon #RimmelThrillSeeker
Maskara bebas gumpal, bebas comot
Maskara yang bagi volume ni selalunya mesti akan bergumpal dan comot. Tapi dengan Rimmel Thrill Seeker Maskara, takde lagi masalah ni.
Berus maskara yang berbentuk jam pasir membantu mencengkam bulu mata tanpa membuatkannya bergumpal, bulu maskaranya yang ultra halus pula mengagihkan krim secara sekata pada bulu mata.
Selesai masalah bulu mata bergumpal atau comot bila menggunakan maskara!
Tahan lama & senang nak cuci!
Maskara yang kalis air dan peluh mempunyai satu masalah yang common iaitu susah nak cuci. Tapi tidak untuk Rimmel Thrill Seeker Maskara. Teksturnya yang berkrim membuatkan ia sangat lembut dan ringan pada bulu mata.
Untuk mencuci pula, korang tak perlu nak tenyeh sampai mata merah. Cukup dengan menggunakan pembersih make up dan maskara ini akan tertanggal tanpa menyakitkan mata korang. Sekejap je settle nak bersihkan maskara.
Ucapkan selamat tinggal pada bulu mata palsu dengan Rimmel Thrill Seeker Maskara
Nak bulu mata yang panjang dan sihat tak perlu guna bulu mata palsu lagi!
Korang boleh gunakan Rimmel Thrill Seeker Mascara ni je RM49.90, korang boleh dapatkannya di Shopee atau Watsons.
Untuk maklumat lanjut tentang Rimmel korang boleh follow Facebook, TikTok dan Instagram.