January 31st, 2017

Juara AF2013, Faizul Sany baru-baru ini membuatkan peminat Fattah Amin panas hati apabila beliau dikatakan sengaja menyindir nyanyian Fattah menerusi akaun Twitternya.

Namun, menurut Faizul beliau hanya membuat teguran secara terbuka kepada mereka yang mahu menceburi bidang nyanyian agar menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan bidang tersebut sebelum memasuki industri hiburan tempatan. Bagi Faizul, tidak semua penggiat seni dapat mencipta nama dengan mudah.

Teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada Fattah serta beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik tanpa persediaan yang cukup.

Saya menghantar mesej itu kepada sesiapa sahaja dalam industri agar menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bidang nyanyian atau apa-apa bidang lain. Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak. Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik.

Walaubagaimanapun, Faizul harap masyarakat tidak salah faham kerana beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan kerjaya nyanyian Fattah.

Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca. Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Apa yang dikatakan oleh Faizul itu ada betulnya, bukan mudah untuk seseorang itu mencipta nama dalam bidang hiburan. Pelbagai cabaran sebenarnya untuk “survive” dalam industri seni, cuma penyampaian Faizul itu mencetuskan salah faham. Apa-apa pun, tidak salah juga untuk beri peluang pada Fattah agar beliau memperbaiki kelemahannya.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...