Hampir 10 tahun tercalon dalam Anugerah Juara Lagu, dan memberikan gimik persembahan yang cukup menarik seperti piano terbakar dan cuba melepaskan diri didalam air, Faizal Tahir mengumumkan beliau tidak akan lagi bertanding dalam AJL bermula tahun hadapan.
Faizal menjelaskan beliau tidak berkecil hati kerana kurang berjaya dalam AJL 30 lepas tetapi beliau mempunyai sebab lain dan berharap agar peminat menerima serta faham dengan keputusan yang dibuat. Malah, Faizal juga meminta agar peminat terus menyokong kariernya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Assalamualaikum itu pernah mencipta sejarah apabila memenangi tiga kategori sekaligus  iaitu Vokal Terbaik, Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik menerusi lagu Sampai Syurga pada AJL 27.
Nampaknya kemunculan beliau pada AJL 30 yang lalu adalah yang terakhir buatnya. Walau apa pun kami pasti ramai yang akan tetap menyokong anda diluar sana. Teruskan membuat lagu dengan mesej positif dan anda sememangnya antara penyanyi yang cukup berbakat di Malaysia.
Sumber Berita : Harian Metro