Faizal Tahir Umum Akan Rehat Panjang Selepas Aidilfitri

Hiburan

Faizal Tahir Umum Akan Rehat Panjang Selepas Aidilfitri

Faizal Tahir mengumumkan di Instagram bahawa dirinya akan berehat panjang selepas tibanya hari raya Aidilfitri kerana dia berasa ‘burnout’ yang membawa maksud penat dari segi fizikal dan mental disebabkan oleh tekanan yang tidak henti.

Penyanyi dan komposer terkenal itu berkongsikan perkara ini di laman Instagramnya untuk diluahkan kepada pengikut-pengikutnya.

Advertisement
faizal tahir

Faizal Tahir ungkap rasa penat dari segi mental dan fizikal

Di dalam gambar yang berbentuk surat itu tertulis,

Saya bekerja tanpa henti sejak Assalammualaikum pada tahun 2015, Anatomi, Rojak, Qibla dan pelbagai lagi projek. Alhamdulillah, tapi saya sudah kehilangan banyak tenaga – the burnout is real.

Tambahnya lagi,

Saya akan mengambil cuti panjang selepas raya. Saya perlukan waktu untuk bersama keluarga dan juga diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FT (@faizal_tahir)

Naib juara program realiti One In A Million itu juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah bersamanya sepanjang perjalanan dia sebagai anak seni.

Advertisement

Di ruangan komen terdapat banyak sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan selebriti seperti Nabila Huda, Uyaina Arshad, Catriona Ross dan ramai lagi.

Perkongsian luahan hati Faizal Tahir itu telah mendapat hampir 30,000 tanda suka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    April 20, 2021 at 11:24 am

    Adalah disyorkan bahawa orang yang tidak melihat artikel Wu Zi, supaya tidak menjadi keliru.

Loading...