Faizal Tahir Telan Painkiller Demi AJL24

Hiburan

Faizal Tahir Telan Painkiller Demi AJL24

Terharunya kami ~~~ Tak dapat dibayangkan keterharuan kami apabila dapat tau yang Faizal Tahir bakal menelan painkiller semata-mata untuk taknak menghampakan peminat dia di Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) nanti. Kami rasa mungkin Faizal Tahir dengan luahan hati peminat dia yang kecewa dengan cara Sheila OIAM nyanyikan lagu BENCINTA masa separuh akhir hari tue. Itu yang dia sanggup telan gak painkiller.

Advertisement

Tapi takleh nak salahkan Sheila masa separuh akhir tue. Korang dah pernah try nyanyi lagu BENCINTA nie kat karaoke tak? Kitorang dah pernah. Memang susah gile punya. Nak tercabut tekak. Dia punya rentak lain macam sikit. Kalau suara tak sedap macam kitorang nie, compem lari tuning.

Rupa-rupanya sakit Faizal tahir nie dikenali dengan nama Deep Vein Thrombosis (DVT). Pastu siap ada jangkitan paru-paru lagi. Dan disebabkan sakit-sakit dia nie, untuk AJL24 nie Faizal Tahir hanya duduk rumah main PS3 je. Tak sempat nak berlatih pun. Jadi kalau persembahan dia kureng sikit malam 10 Januari tue, harap-harap anda dapat memahami.

Apa-apapun kami di BeautifulNara mengkagumi semangat dan kecekalan Faizal Tahir untuk memuaskan hati peminat-peminat dia. Kami doakan agar semuanya berjalan lancar malam AJL24 nanti. All the best Faizal.

P.S: Kami rasa Yuna bakal menggondol juara Anugerah Juara Lagu 24 nie. Kami cakap camnie sebab kami minat sangat kat dia. Korang lak rasa sapa yang bakal menang? Tak sabar nak tunggu keputusan penuh AJL24 nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...