Faizal Tahir Selamat Kembali Dari Lubnan Untuk Misi Bebaskan Palestin

Hiburan

Faizal Tahir Selamat Kembali Dari Lubnan Untuk Misi Bebaskan Palestin

faizal tahir di lubnan

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi lelaki nombor 1 Malaysia, Faizal Tahir yang telah berjaya menjejakkan kakinya ke Lubnan untuk Misi Bebaskan Palestin. Walaupun tak berjaya menjejakkan kaki ke Gaza, misi Faizal Tahir dikira berjaya sebab banyak berjumpa dengan pelarian Palestin di Lubnan.

Advertisement

Faizal Tahir telah merasai pengalaman di Lubnan selama 6 hari iaitu dari 12 Ogos hingga 17 Ogos baru-baru ini. Kami kagum dengan kata-kata yang dilontarkan oleh FT semasa sidang media berkaitan misi yang dia sertai:-

[note]Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Rasa sebak dan sedih bercampur baur terutama bila melihat keadaan mereka yang cukup daif. Namun saya cuba kawal perasaan sedih yang menyelubungi diri saya ketika itu. Tapi, apabila melihat keperitan mereka, saya rasa bersyukur tidak terhingga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Wujud pula keinsafan, saya mula terfikir rupa-rupanya masalah yang saya alami sebelum ini tidaklah sebesar mana sebagaimana yang ditanggung masyarakat di sana. Bayangkanlah, dengan keadaan kem yang begitu kecil, ia telah diduduki oleh beribu penduduk di dalamnya. Sudahlah begitu, dengan wayar elektrik yang tidak sistematik, ia nampak berselirat dan menjadikan tempat itu tidak terurus serta tidak selesa untuk didiami.[/note]

Yup memang sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan negara kita ini. Walaupun sebenarnya kita masih boleh jadi lebih maju dari sekarang kalau ditadbir secara adil, tapi sekurang-kurangnya kita taklah seteruk Palestin. At least makan minum kita masih terjaga.

Buat Faizal Tahir, tahniah kami ucapkan kepada anda kerana membuktikan yang selebriti kita jugak prihatin dengan apa yang sedang terjadi di dunia sebelah sana. Semoga terus maju jaya selepas ini. All the best dari kami.

P.S: Jahat sungguh Google menjatuhkan maruah PM kita. Cian Najib.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...