Penampilan kumpulan DOLLA ketika sesi latihan persembahan di acara muzik ‘Latihan Pestapora Malaysia 2025’ menarik perhatian netizen selepas sebuah video dimuat naik di Instagram.
Dalam video tersebut, ahli-ahli kumpulan tampil dengan pakaian yang dianggap terlalu seksi oleh segelintir warganet, terutamanya Sabronzo. “Mek Kelate tu lagi belanje dari yang lagi dua tu,” tulis seorang pengguna, merujuk kepada gaya pakaian yang mencuri tumpuan.
View this post on Instagram
Netizen turut membandingkan situasi sekarang dengan insiden lama melibatkan penyanyi lelaki, Faizal Tahir,
Boleh seksi gini ye sekarang? Dulu Faizal Tahir baru buka baju dah kena ban… yang perempuan pakai gini mashaAllah takde yang menegur ke?
Meskipun tidak semua komen bersifat negatif, perbualan dalam ruang komen jelas menunjukkan isu penampilan artis wanita di atas pentas masih menjadi perdebatan, terutamanya dalam konteks sensitiviti budaya dan agama di Malaysia.
Meskipun tidak semua komen bersifat negatif, perbualan dalam ruang komen jelas menunjukkan isu ini terus terpalit pada DOLLA dari semasa ke semasa.