Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Faizal Tahir Artis Melayu Pertama Diiktiraf Oleh Apple Music

Sebelum ini ramai yang mengkritik kulit album Anatomi,  Faizal Tahir yang kononnya mempunyai ciri iluminati.

Advertisement

Namun, tahukah anda bahawa album Anatomi  yang baru sahaja dilancarkan pada November lepas telah diiktiraf antara album terbaik tahun 2016 oleh Apple Music.

Menurut syarikat rakaman, Warner Music, Faizal adalah artis Melayu pertama yang diplih oleh Apple Music di kalangan ribuan album antarabangsa lain.

Ia satu penghormatan besar buat Faizal Tahir walaupun kulit album tersebut pernah menjadi kontroversi ketika ia dilancarkan baru-baru ini. Adalah menjadi kebanggan buat Malaysia kerana album ini adalah album yang dihasilkan oleh seorang anak Melayu dan pertama mendapat pengiktirafan daripada Apple Music sebagai antara album terbaik 2016.

Anatomi menampilkan beberapa single hits seperti Assalamualaikum,  Setia, Sejati dan Sayang. Tiga lagi lagu baru yang dimuatkan ialah Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama di samping Dirgahayu, Negaraku dan tiga versi Assalamualaikum iaitu versi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014), Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) dan akustik.

Advertisement

Wah, satu perkara yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Faizal Tahir sememangnya mempunyai auranya tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkan. Teruskan usaha anda Faizal untuk mambawa kelainan dalam industri muzik tanah air.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top