Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Faizal Juara AF4, Ke Mana Menghilang?

faizal af4

Masih berbicara tentang Akademi Fantasia, setelah Hafiz dinobatkan sebagai Juara AF7, ada beberapa pembaca yang tertanya-tanya ke menghilangnya juara AF4, Faizal Senyum Sokmo.

Advertisement

Memang agak misteri jugak kehilangan si Faizal nie. Senyap sunyi tanpa berita. Langsung tak ada publisiti. Selalunya juara AF biasanya akan publisiti agak meluas. Tengok aje Mawi, Stacy dan Zahid. Masing-masing pernah merasa zaman kegemilangan mereka.

Risik punya risik, dulu katanya Faizal bakal mengantikan Saleem sebagai vokalis Iklim. Tapi disebabkan ekonomi merudum, projek tersebut gagal. Khabar terakhir yang didengar, si Faizal ini bakal muncul dalam filem Momok The Movie. Siap jadi hero lagi.

Kesian jugak kami kat si Faizal nie. Tapi nak buat macam mana. Itu semua rezeki masing-masing. Apa pun all the best buat Faizal AF4. Biasalah dunia artis Malaysia, kalau tak ada kontroversi memang susah sikit nak popular.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top