June 26th, 2018

Menemani isteri di bilik bersalin untuk sama-sama memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral ketika melahirkan zuriat adalah momen terindah buat mereka yang bergelar suami. Tiada siapa sebenarnya dapat mengungkapkan perasaan saat melihat cahaya mata yang selama ini dinantikan lahir ke dunia.

Namun, kini wujud  trend untuk sesetengah pihak memuat naik video proses kelahiran di media sosial. Berbicara mengenai perkara itu, selebriti dan bekas penyampai radio Faizal Ismail meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan itu. Buat Faizal, perkara itu dilihat seakan tidak menghormati seorang isteri yang melalui pelbagai kesakitan dan sedang bertarung nyawa.

Alasan yang diberikan untuk video tersebut dimuat naik bagi memberi pengajaran kepada orang ramai di luar sana juga adalah semata-mata untuk menghalalkan cara.

Rata-rata netizen serta rakan artis bersetuju dengan pendapat yang diluahkan oleh Faizal. Tidak salah untuk berkongsi kegembiraan menimang cahaya mata tetapi janganlah ‘memalukan’ isteri.

Ada benar apa yang dikatakan oleh Faizal itu, tidak salah untuk rakam saat-saat proses kelahiran tetapi biarlah ia menjadi tatapan peribadi sahaja. Bukan semua benda perlu dikongsikan di media sosial.


49 responses to “Faizal Ismail Tidak Setuju Kongsi Video Saat Isteri Bersalin, Tujukan Pada Aliff Syukri?”

  1. melayu says:

    i think the video opened up my eyes bagi sy yg belum berpengalaman beranak lagi. it showed me the struggle, the pain of a mother to give birth. kalau tak ada org share videos mcm ni, mmg sampai beranak sendiri lah baru tahu keadaan sebenar.

  2. anon says:

    seorang jutawan yang akal letak di tapak kaki
    dah followers yang bengap hingga tak tahu menilai keberadaban
    kesian …
    kesian bini dia …

    • Anonymous says:

      ko nk ckp family ctdk yg kaya tu bengap kan sbb gigih up anak tiri tya arifin bersalin kan… ramai jer jutawan & anak2 diorg upload sesi beranak… tp yg bersederhana ni jgn smpi nmpk bodoh sume akal kt tapak kaki jgk.. sound org tertentu jer.. bila time jupa org berkepentingan melebar senyum monyet

    • anon says:

      opps yang monyet ko je ..
      yg sampai sebut ctdk apahal
      komen laman ni utk dato aliff
      so jgn monyetkan orang bila diri sendiri terlebih beruk
      ohh yg part bila ” time jumpa orang kepentingan tu ” rasa nya untuk diri kau je kot ..sbb aku BUKAN TERGOLONG DALAM MENGAHADAP ORANG2 BEREKEPENTINGAN UTUK DIIRI SENDIRI ”
      so jagn nak samakan orang lain yang sederhana macam kau ok …
      kesian ko ni

  3. mulut celupar says:

    faisal bodoh, dia xpopular, sbb aliff popular, dia up kan story bini beranak. aku tengok ok jer, datin xda nampak aurat, cuma muka meneran. siti dan ramai artis ambik video beranak, ok jer. xsuka jgn tengok, bahalul

    • bawangkupas says:

      biar tak populer tapi kehidupan bersederhana
      jgn nama je populer ..kaya tapi akal nya mcam sampah
      perangai macam monyet kena belacan

    • Anonymous says:

      hidup sederhana tp gigih keep popularity.. faizal tu ape kurang nye talam bermuka2… berani sound org tertentu jer… kwn sendiri atau kenalan berkepentingan buat mistakes dan2 senyap… byk kes lain dah senyap 2×5 sampah

  4. Anonymous says:

    whatever it is, post video meneran ke, anak kuar caeser dr perut ke, amek video dr jauh ke, semua sama aje wpon dpt persetujuan doktor or ibu tu sndiri. yg peribadi biarlah keep it peribadi supaya eksklusif nilainye. bukannye di post jadi cakap2 org samada baik or buruk.

  5. Ayu Si Ayu says:

    Pada saya xde pun DSAS mengaibkan sesiapa even kuarga dia mahupun DSS.. Mcm caption yg DSAS tulis pd video tu pun adlh berbunyi utk menyedarkan masyarakat tentang pengorbanan seorang isteri & ibu melahirkan anak.. Biar anak2 muda buka mata & lihat betapa peritnya situasi ketika nk melahirkan…. Pd sy hak masing2 utk berkongsi moment ni pd umum… Sy tak lihat pun sbg sesuatu yg memalukan bahkan keaadan DSS yg memakai tudung semasa dlm labor room tu sgt bagus utk dicontohi.. Jgn tahu menilai buruk org shj…

    Btw…ramai je artis2 even org awam yg share moment bersalin.. cthnye Tya ariffin & Asyraf, Siti Sarah & Syuib dsb… Xde plak FBI nk up status ni masa tu…adehhhh

    • Peminat Setia Aliff Syukri says:

      Sebab dia Dato’ Aliff Syukri kut. Orang Jutawan la katakan. Dengki agaknya FBI ni. Haha

    • Anonymous says:

      sound geng retis mampus lah dia… susah cari mkn nnti…
      cari laa org tak berkepentingan dgn industri dia utk sound… tp nnti aliff kasi job mau nnti 7x keturunan tak berani sound aliff dah… cari mangsa lain plak

Loading...