October 24th, 2013

Pagi ini Abang Nara dikejutkan dengan satu “tweet” daripada Faizal Ismail. Mana tidaknya, tiada angin tiada bayu, tiba-tiba FBI mengumumkan yang dia meletakkan jawatan daripada Hot FM. Notis perletakan jawatan tersebut bermula hari ini iaitu 24 Oktober 2013.

faizal ismail letak jawatan

Namun begitu masih banyak pihak yang tidak percaya akan perletakan jawatan ini. Mungkin kerana FBI seringkali terlibat dalam “Panggilan Hangit”. Banyak pihak yang meneka ini sekadar propa dan perancangan teliti daripada pihak Hot FM.

faizal ismail letak jawatan

Benar atau tidak, sama-samalah kita nantikan. Abang Nara sebenarnya menyokong FBI meletak jawatan. Sudah terlalu lama FBI berada di Hot FM dan sedikit sebanyak menimbulkan rasa jemu kepada orang lain. Mungkin sudah tiba masa untuk FBI berhijrah dan fokus kepada karier di dalam bidang lain.


Comments are closed.

Loading...