Nama pempengaruh Faiz Soul kembali menjadi perhatian selepas tular dakwaan mengenai harga donut yang dijual pada RM10 sebiji.
Perkongsian itu dimuat naik oleh seorang pengguna di Threads yang menulis, “Murah betul donut rm10 satu, patotnye rm50 sebji.” Kenyataan sinis tersebut segera mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Di ruangan komen, ada yang mendakwa pempengaruh berkenaan turut menjalankan promosi kupon cabutan bertuah bagi setiap pembelian donut.
Rata-rata mempersoalkan strategi pemasaran yang digunakan, termasuk harga RM10 sebiji yang dianggap mahal oleh sesetengah pihak. Malah, ada juga yang membandingkannya dengan jenama donut terkenal lain yang dikatakan menawarkan harga lebih berpatutan.


Namun begitu, segelintir pengguna berpendapat harga tersebut mungkin mengambil kira faktor kos operasi, lokasi jualan serta nilai jenama yang dibawa oleh pempengaruh itu sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
