Pempengaruh media sosial, Faiz Soul, sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik video dirinya dijemput merasmikan Majlis Anugerah Akademik di sebuah sekolah rendah di Kedah.
Dalam video tersebut, Faiz menjelaskan bahawa dirinya bukan seorang YB, namun tetap diberi penghormatan untuk merasmikan acara penting berkenaan.
Majlis itu berlangsung meriah dengan tema adat budaya Melayu para guru lengkap berbaju Melayu siap bertanjak, manakala Faiz tampil memberi ucapan, menyampaikan anugerah dan menerima penghargaan daripada pihak sekolah.
Beliau turut dilihat mesra melayan warga sekolah yang berebut mahu bergambar selepas majlis tamat.
Namun, suasana hangat bertukar kontroversi apabila video itu mula tular di Threads.
“Dah habis ke tokoh yang boleh diangkat jadi idola?”, demikian antara komen pedas netizen yang mempertikaikan kelayakan Faiz sebagai perasmi.

Sebahagian warganet berpendapat sekolah sepatutnya menjemput individu yang lebih berkelayakan dalam bidang akademik, bukan sekadar influencer media sosial.
Namun, tidak semua bersetuju. Ada yang tampil mempertahankan Faiz, menyatakan mungkin beliau pernah menyumbang kepada sekolah tersebut atau diundang demi memberi inspirasi dalam konteks berbeza.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak sekolah mahupun Faiz Soul sendiri berhubung kritikan yang diterima.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
