Melalui laporan Harian Metro, peguam yang mewakili pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader mendedahkan bintang Harimau Malaya itu masih menyimpan rasa sayang terhadap isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahri walaupun dalam proses perceraian di mahkamah.
Bukan Faisal yang mahu lafazkan cerai..
Kata Akberdin, Faisal atau lebih mesra dipanggil sebagai Mickey sama sekali tidak mempunyai niat untuk berpisah, malah masih berharap agar rumah tangganya dalam diselamatkan.
Jika diikutkan, bukan Faisal mahu lafazkan cerai namun bila isterinya failkan kes ke mahkamah terpaksalah Faisal selesaikannya mengikut saluran terbabit.
View this post on Instagram
Peguam dedah punca Faisal bercerai
Dalam pada masa yang sama, peguam terbabit menegaskan pergolakan rumah tangga anak guamnya tidak ada berkaitan langsung dengan populariti atau kesibukan Faisal.
Sebagai isteri mesti suka apabila suaminya popular. Seperti yang difailkan oleh isterinya adalah disebabkan tiada persefahaman antara mereka menyebabkan kes difailkan ke mahkamah.
Sekadar info, Faisal mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nur Syazwani pada Mac 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan tersebut.