Fail Saman Demi Maruah, Asyraf Khalid Kesal Dengan Caprice – “Benda Dia Buat Kacau Periuk Nasi Saya, Diserang Secara Berterusan..”

Trending

Fail Saman Demi Maruah, Asyraf Khalid Kesal Dengan Caprice – “Benda Dia Buat Kacau Periuk Nasi Saya, Diserang Secara Berterusan..”

Tidak mendiamkan diri, usahawan serta pengasas podcast Apa Cerita? Podcast, Asyraf Khalid tampil meluahkan rasa kesal terhadap personaliti media sosial, Caprice akibat serangan di media sosial secara berterusan.

Ganggu emosi, dihina p*dofilia & body shaming

Sewaktu ditemubual oleh pihak media, Asyraf berkata dirinya berdepan dengan gangguan emosi, malah isu yang dihadapi ini mencalarkan reputasinya sebagai seorang usahawan.

Advertisement

Hal ini menyebabkan ramai yang mengecam saya dengan mendakwa saya sebagai pedofillia, body shaming dan melibatkan keluarga saya. Benda yang dia buat sudah kacau periuk nasi saya sebagai usahawan, pemegang saham dan mempengaruhi orang lain untuk memberi gambaran buruk terhadap saya.

asyraf khalid saman malu kepada capriceSumber : Oh Bulan  

Asyraf turut berasa kesal kerana nama bapanya iaitu Datuk K turut terpalit dalam isu ini biarpun tidak melakukan apa-apa masalah.

“Bukan saja saya tapi keluarga..”

Usahawan tersebut berkata tindakan saman yang bakal diambil ini bukan kerana dendam tetapi demi mempertahankan diri daripada tohmahan yang dianggap melampaui batas walaupun sudah memutuskan untuk tidak menyiarkan episod penuh podcast berkenaan.

 Serangan demi serangan dilakukan secara tidak bertanggungjawab, bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada keluarga, saya tidak boleh terus berdiam diri. Ini bukan lagi soal kandungan media sosial, ini soal maruah dan keselamatan.</blockquote

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Apa Cerita? (@apaceritapodcast)

>

Buat laporan polis, saman malu & saman fitnah

Dalam pada itu, Asyraf berkata dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur, semalam tetapi kandungan laporan tidak boleh diulas atas nasihat peguamnya.

Hasil perbincangan, kami bersetuju bahawa satu tindakan sivil iaitu di bawah undang-undang fitnah untuk kes saman malu dan saman fitnah, bakal difailkan dalam masa terdekat. – Peguam Asyraf Khalid

BACA: Teruk ‘Diserang’ Disebabkan Caprice, Peminat Tampil Pertahankan Asyraf Khalid – “Sampai Nama TokTi Terkait, Dia Dah Mengaku Khilaf Kan?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...