Fahrin Tangguh Kes Saman Linda Onn

Hiburan

Fahrin Tangguh Kes Saman Linda Onn

fahrin tangguh saman

Rileks-rileks. Tangguh bukan bermakna mengaku bersalah. Fahrin kesayangan anda semua tangguh kes saman dia kepada Linda Onn sebab dengar nasihat kawan-kawan dia. Mungkin Fahrin sedar yang impak bawak kes ini ke mahkamah agak tinggi. Itu yang dia dengar nasihat Persatuan Seniman untuk cuba try setel cara baik di luar mahkamah.

Advertisement

Bagi kami Fahrin nie cuba bersikap gentleman. Mungkin dia sedar kot tak berbaloi bawak benda nie ke mahkamah. Lagipun apa yang dia mahukan dari Linda Onn cukup mudah:-

[note]Apa yang saya harapkan adalah, Linda tampil meminta maaf dan sekadar mengakui perkara tersebut disalah tafsirkan. Saya hanya mahu nama saya dibersihkan dari segala dakwaan yang boleh menjejaskan kredibiliti saya di mata klien, penaja dan masyarakat,[/note]

Tapi rasa-rasanya memang bakal ke mahkamah jugak kes nie. Linda pun yakin dia tak buat salah. Fahrin pun yakin dia memang telah dijatuhkan maruah. Nasihat kami, cuba cari jalan berdamai dulu. Kalau tak boleh sangat, biarlah hakim yang menentukannya.

P.S: Kesian kat Fahrin nie selalu gagal dalam percintaan. Selalunya kita dengar lelaki yang suka bertukar-tukar awek. Kalau nak tau sebab apa lelaki suka tukar awek, kami cadangkan anda baca artikel nie. Memang menarik dan boleh dijadikan panduan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...