Fahrin Nafi Bercinta Dengan Anak Penerbit Televisyen

Fahrin Nafi Bercinta Dengan Anak Penerbit Televisyen

Walaupun Fahrin Ahmad lebih suka membiarkan kisah silam berlalu, pelakon itu mengakui yang dia tidak sanggup untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya Scha Al-Yahya dengan Awal Ashaari.

Fahrin dengan pasangannya dalam drama Seindah Sakura, Fasha Sandha

Menurut DailyChilli, dia juga tidak menonton siaran langsung pernikahan mereka di Astro Jumaat lepas (bagaimanapun kerana masalah teknikal, Astro menyiarkan rakaman pada hari Sabtu).

Advertisement

Tetapi saya mendoakan kebahagiaannya. Saya tidak suka menyimpan dendam. Saya berdoa untuk semua wanita yang pernah saya cintai sebelum ini.

Menegaskan yang dia telah pun mengorak langkah, bintang siri Seindah Sakura itu menambah:-

Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa buat masa ini. Saya ikut nasihat ibu saya–untuk berkenalan dengan gadis seramai boleh supaya saya boleh buat keputusan untuk yang satu.

Jadi benarkah dia sedang bercinta dengan anak saudara kepada suami Dato’ Siti Nurhaliza iaiatu Datuk Seri Khalid?

Tidak, dia hanya kawan. Saya bekerja dengan ibunya yang merupakan seorang penerbit televisyen.

Fahrin menambah:-

Jangan risau. Saya akan mengumumkan khabar baik apabila tiba masanya. Saya seorang yang suka berterus terang. Apabila saya sedang mencintai seseorang, saya akan menyatakannya. Saya tidak suka menyorokkan perasaan.

 

***

Jom ramai-ramai ke Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada Jumaat hingga Ahad minggu ini (11 – 13 Mei 2012) jam 8.30 malam untuk pementasan Teater Bangsawan Badang yang dipentaskan oleh Kumpulan Alumni ASWARA. Masuk RM5 sahaja. Tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket Panggung Bandaraya sejam sebelum pementasan atau telefon 03-20523600 untuk tempahan. Anda pasti terhibur!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

108 Comments

  1. kaklong

    May 8, 2012 at 11:52 am

    xpalah fahrin, memang scha bukan yang sesuai untuk kamu, kerana kamu bukan lelaki yang horay2, yang over, yang gediks lebih kamu bukan lelaki jenis macam tu, insya allah kamu akan menemui gadis yang lebih baik yang tidak menayangkan tubuh badan untuk tatapan yang bukan muhrim, pesanan kaklong pada fahrin lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya, setiap diantara kita telah tertulis jodoh dari ALLAH, dan kita memang dilahirkan berpasang-pasangan, semoga fahrin akan temui gadis yang lebih beriman dan pandai menjaga maruah diri dan keluarganya….INSYA-ALLAH…AMIN

  2. lynn

    May 8, 2012 at 10:21 am

    mane fahrin.. selalu mesti die komen.. tp x bek la krg ungkit2 keslahan die.. dh lps2 la.. xyah ungkit2..

    p/s: sya bkn peminat fahrin

  3. Pingback: Fahrin Nafi Bercinta Dengan Anak Penerbit Televisyen | HatiBlogger [dot] Com

  4. aasha

    May 8, 2012 at 12:27 am

    btul la tu…mak die suh kwn ngn rmi org…bkn bcinta ngn rmi org…mak korg ckp xyh kwn rmi2 ea..??

    • TeruteruBozu

      May 8, 2012 at 8:37 am

      ntahnyer…biarlaa dier nak berkawan ramai…dpt pilih yg terbaik… dah nama pun lelaki kot… lainlaa pempuan…mmg laa tak manis dipandang kalo selalu sgt nmpak berjumpa ngan ramai lelaki bertukar ganti… lagipun hidup die, hak die nak tentukan nak dpt yg the best ke…yg so so ke…so yg side perempuan kenelaa jaga maruah jangan terlalu murah dan senang nk berpeleseran dgn lelaki, senang nk fall in love, senang bg lelaki sentuh2…apedaaaa. pada korang2 yg ckp tu…tipulaa kalo carik calon suami/isteri tak nak dpt yg terbaik, taknak pilih yg terbaik kalo ade option… kritik org lain no.1…ntah ape2, itupun nk jadi issue.

  5. Aku mak orang tapi bukan mak korang

    May 7, 2012 at 11:41 pm

    Hadoi.. Statement x boleh blah.. Mak ek suh kawan ramai2 supaya leh pilih yang terbaik? Hoho!!
    Apapun wahai lelaki.. Ko pun jadilah yang terbaik dulu agar dapat yg terbaik punya!
    Ada faham?

    • attention

      May 10, 2012 at 9:44 am

      Aku rasa FA ni lg baik drpd AWAL, klu dah namanye pn kaki clubbing, elok sgt la tu SCHAWAL. pasangan yg kaki horey2. FAHRIN, jiwamu tak sesuai dgn pompn yg gila glamer cmtu, tolongla cari gadis yg muslimah,mempunyai ciri2 keimanan. Macam Wardina, norjuma, irma hasmie…I LIKE…

Loading...