May 7th, 2012

Walaupun Fahrin Ahmad lebih suka membiarkan kisah silam berlalu, pelakon itu mengakui yang dia tidak sanggup untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya Scha Al-Yahya dengan Awal Ashaari.

Fahrin dengan pasangannya dalam drama Seindah Sakura, Fasha Sandha

Menurut DailyChilli, dia juga tidak menonton siaran langsung pernikahan mereka di Astro Jumaat lepas (bagaimanapun kerana masalah teknikal, Astro menyiarkan rakaman pada hari Sabtu).

Tetapi saya mendoakan kebahagiaannya. Saya tidak suka menyimpan dendam. Saya berdoa untuk semua wanita yang pernah saya cintai sebelum ini.

Menegaskan yang dia telah pun mengorak langkah, bintang siri Seindah Sakura itu menambah:-

Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa buat masa ini. Saya ikut nasihat ibu saya–untuk berkenalan dengan gadis seramai boleh supaya saya boleh buat keputusan untuk yang satu.

Jadi benarkah dia sedang bercinta dengan anak saudara kepada suami Dato’ Siti Nurhaliza iaiatu Datuk Seri Khalid?

Tidak, dia hanya kawan. Saya bekerja dengan ibunya yang merupakan seorang penerbit televisyen.

Fahrin menambah:-

Jangan risau. Saya akan mengumumkan khabar baik apabila tiba masanya. Saya seorang yang suka berterus terang. Apabila saya sedang mencintai seseorang, saya akan menyatakannya. Saya tidak suka menyorokkan perasaan.

 

***

Jom ramai-ramai ke Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada Jumaat hingga Ahad minggu ini (11 – 13 Mei 2012) jam 8.30 malam untuk pementasan Teater Bangsawan Badang yang dipentaskan oleh Kumpulan Alumni ASWARA. Masuk RM5 sahaja. Tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket Panggung Bandaraya sejam sebelum pementasan atau telefon 03-20523600 untuk tempahan. Anda pasti terhibur!


108 responses to “Fahrin Nafi Bercinta Dengan Anak Penerbit Televisyen”

  1. rrr says:

    zetty adila? aku rasa mcm dari tahun lepas dah ade gosip nih!

  2. Anonymous says:

    zetty adila? aku rasa mcm dari tahun lepas dah ade gosip nih!

  3. loving says:

    kcian sya dgr pgakuan si Fahrin ne…..bunga bkn skuntum Fahrin….
    bgs la klu Fahrin x ada myimpang prsaan dendam pd Scha….mungkin Fahrin dgn Scha x ada jdh…..suatu hri nnti Fahrin akan jumpa s’sorg yg sgt sempurna tuk d’jdkn suri d hati Fahrin…..

  4. anni says:

    aduiii..jealousnyer kalau FA dah ada GF….saya nak sangat jadi GF FA…

Loading...