Fahrin Ahmad Teruja Dengan Kepulangan Isteri, Tunggu Masa Sesuai Untuk Timang Cahaya Mata

Hiburan

Fahrin Ahmad Teruja Dengan Kepulangan Isteri, Tunggu Masa Sesuai Untuk Timang Cahaya Mata

Selepas beberapa bulan Fahrin Ahmad berulang alik ke Dubai untuk bertemu dengan isteri tercinta, akhirnya Elena Hani membuat keputusan untuk berhenti kerja daripada syarikat penerbangan Emirates  dan memberikan sepenuh tumpuan kepada rumah tangga mereka.

Advertisement

Teruja dengan kepulangan isterinya awal tahun hadapan, Fahrin buat masa ini enggan terikat dengan sebarang komitmen kerja yang panjang dan  sedang sibuk menguruskan persiapan untuk menyambut Elena pulang.

Banyak juga tawaran yang datang selepas drama Eksperimen Cinta, tetapi saya mahu mengambil rehat dari sebarang komitmen yang panjang. Hanya terima tawaran telemovie yang sesuai dengan masa selain undangan sebagai pengacara majlis.

Sepanjang tempoh rehat ini saya banyak menguruskan hal rumah tangga sebagai persediaan menyambut kepulangan isteri. Dia dijangka akan kembali selepas meletakkan jawatan awal tahun hadapan.

Selain itu ibu saya baru sahaja menjalani pembedahan akibat sakit tulang belakang. Jadi saya ambil masa ini untuk berikan perhatian lebih kepadanya.

Sudah menjadi lumrah untuk mereka yang mendirikan rumah tangga, soal anak pasti tidak akan lekang daripada mulut peminat mahupun saudara mara.

Berbicara soal itu, Fahrin berkata beliau mahu menunggu isterinya pulang terlebih dahulu sebelum membuat perancangan soal cahaya mata.

Lebih baiklah isteri saya pulang dahulu sebelum kami fikirkan soal anak. Bukannya merancang, tetapi kami berdoa agar dikurniakan anak pada waktu yang tepat.

Seronok je kami lihat Fahrin Ahmad cukup bahagia sekarang disamping isteri tercinta. Pendek kata, bercinta selepas kahwin itu ada kemanisannya tersendiri. Semoga Fahrin dan Elena kekal bahagia dengan penuh kasih sayang sehingga akhir hayat.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...