Fahrin Ahmad Teruja Bakal Bergelar Bapa

Hiburan

Fahrin Ahmad Teruja Bakal Bergelar Bapa

Fahrin Ahmad antara insan yang saat ini paling bahagia didalam dunia. Mana tidaknya, beliau kali pertama menyambut Ramadhan bersama isteri tercinta dan tidak lama lagi bakal bergelar bapa pula.

Difahamkan usia kandungan isterinya, Elena Hani sudah memasuki 6 bulan dan tidak silap kami beliau bakal menimang cahaya mata lelaki.

Advertisement

Saya sangat teruja sekali apabila bayi dalam kandungan isteri bergerak-gerak dan ini merupakan satu pengalaman baru buat diri saya dan isteri. Saya harap bayi sihat dan sempurna.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fahrin belum berkesempatan untuk membeli barangan keperluan bayi dek kerana jadual kerja yang padat.

Pada masa yang sama beliau memberitahu isterinya dijangka bersalin anak pertama mereka sekitar bulan 10 nanti.

Setakat ini belum beli barang-barang keperluan bayi lagi kerana belum ada masa. Sebenarnya memang kena persiapan awal mengikut kata daripada pengalaman kawan-kawan saya sendiri. Jangkaan isteri saya melahirkan pada minggu pertama bulan 10 ini.

Seronok kami lihat Fahrin Ahmad dan isterinya, memang sweet juga mereka. Elena pun seorang yang “soft spoken”. Kami doakan yang terbaik buat anda berdua.

Sumber Berita : ROTIKAYA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...