Fahrin Ahmad menjelaskan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakan hubungan percintaan beliau dan enggan komen secaa lanjut mengenai beberapa spekulasi yang melanda dirinya dan isteri Elena Hani walaupun belum satu hari mereka bergelar suami isteri.
Sejak saya umumkan yang saya akan berkahwin, timbul macam-macam tekaan dan dakwaan kononnya bakal isteri saya cikgu, pramugari dan janda beranak satu. Tapi saya bukanlah bersikap prejudis pada wanita janda atau kepada mana-mana pihak sekalipun.
Namun, itu sudah menimbul cerita yang bukan-bukan. Jadi, langkah terbaik untuk membendung daripada terus timbul macam-macam lagi cerita, saya rasa elok saya berahsia.
Bukan mudah untuk menyimpan rahsia yang agak besar apatah lagi jika memegang status sebagai seorang selebriti. Fahrin bagaimanapun merasa syukur dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan baik beliau kerana memahami keadaan beliau dan tidak pernah menceritkan rahsianya kepada umum.
Kerahsiaan itulah yang membawa kepada kelancaran majlis kami pada hari ini dan ia penting untuk kami menjaga hati banyak pihak.
Saya perlu menjaga hati keluarga mentua saya yang mana mereka tidak biasa terdedah dengan dunia saya sebagai seorang selebriti. Jika saya beritahu yang saya akan berkahwin pada tahun ini, saya rasa tentu situasinya mungkin tak terkawal.
Dalam tempoh setahun itu, bukan mudah sebenarnya untuk menyimpan rahsia ini. Saya akui, bukan tidak ada yang tahu tentang hal perkahwinan saya ini kerana ada yang tahu saya pergi kursus kahwin. Allhamdulillah, saya nampak hikmahnya sangat besar. Saya bersyukur, kerana di kelilingi ahli keluarga yang sangat amanah.
Bercerita mengenai perkenalan mereka, Fahrin dan Elena mengikuti jurusan yang sama ketika melanjutkan pelajaran ke UiTM tetapi tidak pernah rapat sebelum ini. Setelah beberapa tahun membawa haluan masing-masing, terdetik di hati Fahrin untuk bertanya khabar dan kemudian berkawan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Sementara itu, Fahrin memberitahu mereka tidak merancang mengadakan resepsi dalam masa terdekatini memandangkan dia dan Elena sibuk dengan jadual kerja yang padat.
Hari ini, Fahrin akan mengikut isterinya yang bertugas sebagai pramugari Emirates Airlines  pulang ke Dubai dan kemudian mereka akan pergi bercuti bulan madu ke dua lokasi kegemaran Elena iaitu ke Venice, Itali dan Nice, Monte Carlo.
Siapa sangka pertemuan selepas 17 tahun berpisah nyata jodoh telah mempertemukan mereka kembali. Kepada Fahrin Ahmad dan Elana Hani semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.