Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fahrin Ahmad Nasihat Kahwin Dahulu Bercinta Kemudian

Fahrin Ahmad dan pasangannya Elena Hani masih lagi berjauhan kerana komitment kerjaya, namun mereka berdua masih lagi ibarat pasangan kekasih yang baru sahaja bercinta kerana tidak duduk serumah dengan isterinya. Boleh dikatakan mereka umpana berkahwin dahulu dan bercinta kemudian.

Advertisement

Buat masa ini, mereka hanya melepaskan rindu melalui perbualan di Skype dan Elena hanya akan pulang bertemu dengan Fahrin jika beliau bercuti.

Namun buat Fahrin, beliau bersyukur dijodohkan dengan Elena selepas beberapa kali gagal dalam percintaan. Bersama Elena, beliau merasa sangat serasi bersama  dan boleh berkongsi apa sahaja dengan pasangan beliau itu.

Tak ada apa lagi yang saya mahu kerana semuanya sudah saya perolehi. Saya bersyukur walaupun berkahwin pada usia tua begini kerana saya mendapat pasangan yang sepadan. Bagi saya, dia bukan sekadar isteri tetapi adalah kekasih dan kawan.

Bersama dia saya selesa dan apa yang membuatkan kami serasi adalah kami suka bercakap tentang pelbagai topik. Walaupun sudah bergelar suami isteri, tapi kami boleh dianggap sebagai pasangan kekasih juga sebab kalau suami isteri mesti tinggal bersama kan? Ini tidak, dia di Dubai, saya di sini. Jadi dari dulu sampai sekarang Skype saja menghubungkan kami.

Hubungan kami banyak menjurus kepada kawan dan di waktu yang sama belajar bercinta. Kata orang bercinta selepas kahwin. Rasanya itu lagi meriah.

Advertisement

Semoga kebahagiaan Fahrin Ahmad dan Elena Hani akan berkekalan sehingga akhir hayat. Kata orang gagal sekali dalam percintaan pasti satu hari mereka akan bertemu dengan pasangan yang sesuai dengan mereka dan syukur Fahrin telah dikurniakan isteri yang cukup serasi dengan beliau.  Mohon cepat dapat baby! Hehe…

Sumber Berita: Utusan Online

 

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top