Fahrin Ahmad Nafi Punya Hubungan Intim Dengan Zara Zya

Fahrin Ahmad Nafi Punya Hubungan Intim Dengan Zara Zya

Dua tiga hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Fahrin Ahmad yang dikatakan intim dengan pelakon Zara Zya. Khabarnya, kedua pelakon itu berbalas komen di Instagram.

Ada peminat yang memerhati dan mengusik mereka berdua. Boleh dikatakan ramai juga yang suka jika pasangan ini benar-benar bercinta. Maklumlah, keduanya sama kacak dan cantik dan dianggap sesuai berpasangan, bagai pinang dibelah dua begitu.

Advertisement

Namun hari ini, melalui mStar Fahrin menafikan yang dia berhubungan intim dengan Zara, malah katanya, bertemu Zara pun dia tidak pernah. Keluh Fahrin:-

Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti kerana pasti akan ada sahaja yang jadi bahan cerita.

Bagaimanapun, saya terpaksa juga terima kerana ia adalah lumrah yang perlu ditanggung sebagai seorang artis yang mana peminat sentiasa ingin tahu.

Tiada apa yang ingin dikomen kerana saya hanya mengenali Zara Zya sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam industri melalui drama-dramanya.

Secara peribadi kami tidak pernah berjumpa atau terserempak di mana-mana acara hiburan, malah saya tidak mempunyai nombor telefon dia pun untuk berhubung.

Hanya beberapa komen di Instagram yang bersifat umum kami sudah dikira mempunyai hubungan mesra.

Saya akui mungkin kerana ramai peminat kami yang suka berseloroh dan menyakat.


Menurut Fahrin lagi dia sering kali dikaitkan dengan ramai wanita walaupun sekadar bertegur sapa.

Bukan apa tu, peminat sudah tak sabar-sabar hendak melihat Fahrin bergandingan dengan pasangan. Itu yang semakin galak mereka mengusik, manalah tahu, satu hari nanti usikan jadi kenyataan. Lagi pun ada jua di kalangan peminat Fahrin yang mengimpikan bergandingan dengan Fahrin tak gitu?

Apa pun semoga Fahrin akan menemui pasangan yang diimpikan satu hari nanti. Doakan yang terbaik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...