Selesai bernikah pagi tadi, Fahrin Ahmad mengambil kesempatan untuk menjelaskan desas-desus, dakwaan serta khabar angin tentang isterinya, Elena Hani yang telah tersebar sejak pengumuman tentang perkahwinan itu dilakukan. Antara desas-desus yang bertiup kencang ialah status Elena Hani yang didakwa pernah berkahwin dan memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu. Fuh!!! Belum apa-apa dah macam-macam gosip keluar. Inilah cabaran hidup dalam dunia selebriti. Asam garam menjadi seorang artis. Tempias turut terkena kepada orang yang tersayang.
Kata Fahrin Ahmad:-
Selepas saya mengadakan sidang media Selasa lalu, banyak komen dan spekulasi tentang bakal isteri saya. Ada khabar angin yang menyatakan dia adalah seorang janda dengan anak. (Fahrin kemudiannya memandang Elena sambil bertanya dalam nada bergurau). Awak tak pernah kahwin sebelum nie kan? (kemudiannya Elena menggelengkan kepala dengan malu-malu).
Kalau saya umumkan perkahwinan ini tahun lalu, saya tak rasa ia akan jadi realiti seperti hari ini. Sekarang saya boleh nampak hikmahnya untuk merahsiakan Elena. Bersyukur saya berada di sampaing orang yang boleh dipercayai, dan semuanya menjadi kenyataan kerana itu.
Sedikit informasi tentang isteri Fahrin Ahmad, Elena Hani. Elena merupakan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah bekerja di lawfirm Cheang & Ariff di Kuala Lumpur selama 5 tahun. Kemudiannya Elena mengambil keputusan untuk menyertai Emirates Airlines sebagia pramugari 8 tahun lalu. Kini Elena adalah Senior Flight Stewardess dan menetap di Dubai. Patutlah jarang berjumpa.
Fahrin dan Elena sebenarnya mengambil jurusan yang sama di UiTM 17 tahun yang lalu. Mereka tidak pernah berjumpa selepas habis belajar dan hanya berkenalan kembali beberapa bulan yang lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Teknik mengorat Fahrin pun amat style iaitu dengan menghantar email kepada Elena untuk meminta nombor telefon untuk bertanya khabar. Tanya khabar punya tanya khabar, hari ini mereka telah selamat menjadi suami isteri.
Untuk makluman, wang hantaran dan hantaran telah dirahsiakan oleh kedua-dua pasangan pengantin. Mereka berdua telah melihat barangan masing-masing terlebih dahulu dan mengambil keputusan untuk tidak mempamerkannya. Elena bercadang untuk berhenti bekerja sebagai pramugari untuk memberi fokus kepada perkahwinan ini. Apa pun tahniah buat anda berdua. Memang sama cantik sama padan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber NST Online.