Fahrin Ahmad Mahu Saman Linda Onn

Hiburan

Fahrin Ahmad Mahu Saman Linda Onn

fahrin ahmad

Kalau zaman dulu-dulu ada peribahasa kerana mulut badan binasa, sekarang ini kena tukar kerana mulut kita jumpa kat court. Sekarang nie zaman saman menyaman. Jadi mulut tue kalau nak bercakap, kenalah berhati-hati. Jangan main sedap je tuduh orang. Kang tak pasal-pasal dapat saman malu macam yang si Fahrin Ahmad nie nak buat kat Linda Onn.

Advertisement

Nampaknya Fahrin Ahmad dah tak boleh tahan dengan kata-kata dari Linda Onn yang menuduh dia sebagai lelaki kaki pukul. Buat anda yang tak tahu, Linda Onn pernah menuduh Fahrin Ahmad sebagai panas baran dan cepat naik tangan. Itu yang buat Fahrin bengang tue. Bak kata omputeh, drop his waterface.

Nak taknak terpaksalah si Fahrin nie bawak benda nie naik ke mahkamah. Iyerlah, kalau berdiam diri kang peminat pikir memang betullah si Fahrin nie kaki pukul. Kami sokong jugak tindakan Fahrin nie. Mana boleh biarkan orang sedap-sedap je fitnah kita. Biar kebenaran terbukti di mahkamah nanti.

Kita dengar sikit apa Fahrin cakap:-

[note]Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas. Selepas berfikir panjang, keputusan yang wajar saya lakukan adalah mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda.[/note]

Hari Isnin nie Fahrin akan buat press conference untuk ceritakan lebih lanjut pasal benda nie. Tak sabar plak rasanya nak tau siapa yang betul. Sumber berita dari Utusan.

Buat peminat-peminat Fahrin Ahmad, boleh add Facebook Fahrin Ahmad kat sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...