Sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang cukup comel dan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Khalifah Fahrel yang kedua, pelakon Fahrin Ahmad akui beliau dah isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi. Pasangan ini bagaimanapun menyerahkan soal itu kepada rezeki.
Memang saya bekerja sendiri, kena jaga pendapatan dan ekonomi sendiri. Tapi kalau dari segi itu, saya sudah bersedia. Khalifa pun dah dua tahun. Saya beruntung kerana ada isteri yang menjaga anak ketika saya keluar bekerja. Anak seni memang tidak tetap jadualnya, tapi apa pun keluarga diutamakan.
Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena Hani Elias pada 9 Mei 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 29 September 2016.
Semoga hasrat Fahrin dan isteri untuk menambah zuriat lagi akan termakbul dan pastinya ia akan menyerikan lagi keluarga kecil mereka.