Jangan terkejut sebab Fahrin Ahmad bukannya menggantikan terus Ustaz Dzul sebagai pengacara Imam Muda 2. Hanya untuk sementara waktu sahaja. Ini kerana Ustaz Dzul terlibat di dalam kemalangan sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka dan lutut kiri. Ustaz Dzul menerima 12 jahitan di bahagian lutut kiri dan 8 jahitan di bahagian muka. Marilah kita sama-sama doakan agar Ustaz Dzul cepat sembuh.
Pemilihan Fahrin Ahmad sebagai pengganti sementara Ustaz Dzul sememangnya tepat. Fahrin ada ciri-ciri yang lengkap untuk menjadi pengacara Imam Muda. Semoga Fahrin berjaya menggalas tanggungjawap ini. Abang Nara tak boleh nak fikirkan pelakon lain yang lebih sesuai untuk ini. Memang Fahrin Ahmad je yang bermain di kepala Abang Nara. Korang pulak?