Fahmi Fadzil Kecewa, Beri Jaminan Pihak Kerajaan Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Stesen Televisyen Langgar Garis Panduan

Trending

Fahmi Fadzil Kecewa, Beri Jaminan Pihak Kerajaan Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Stesen Televisyen Langgar Garis Panduan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan yang telah ditetapkan.

Menurutnya, ini kerana keingkaran mematuhi garis panduan dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan boleh mendatangkan kesan kepada pihak yang terlibat.

Advertisement

fahmi fadzil

Saya beri jaminan bahawa pihak kerajaan akan ambil tindakan tegas.

Memetik laporan Sinar Harian, dia turut berkata dia kecewa dengan perkara tersebut kerana pihak stesen televisyen tersebut sudah sedia maklum mengenai semua garis panduan yang terpakai.

Seharusnya pihak Media Prima lebih bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan mereka yang uruskan Anugerah Juara Lagu (AJL).

 

Perkara ni tak seharusnya berlaku. Mereka tahu dan mereka benarkannya. Ini tidak baik.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular video memaparkan beberapa orang pempengaruh lelaki yang mengenakan busana ala-ala wanita ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-39 pada Ahad lalu.

lelaki berpakaian wanita

Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan pihaknya akan segera mengambil tindakan berhubung isu berkenaan.

Dia berkata Jakim akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.

JAKIM panggil influencer berpakaian wanita
4 days ago

JAKIM Akan Panggil 'Influencer-Influencer' Berpakaian Seperti Wanita Di Acara Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...