Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fahd Ezuan, Bintang Baru Bakal Menyinar

Hampir setiap hari, ada sahaja artis baru tak kiralah pelakon, penyanyi atau pelawak yang cuba mencipta nama di dalam industri hiburan Malaysia. Yang pasti bukan senang untuk menjadi popular sekiranya anda tidak ada pakej yang lengkap. Bagi Abang Nara, Fahd Ezuan, seorang penyanyi baru ini ada kesemua ciri-ciri yang dikehendaki untuk menjadi nama besar dalam dunia nyanyian.

fahd ezuan

Advertisement

Kacak kan? Tapi peminat sekarang orang tak hanya pandang rupa, kualiti pun kena ada. Dan Abang Nara kagum juga mendengar suara Fahd Ezuan menyanyikan singlenya yang bertajuk “Meniti Waktu”.

Not bad kan? Paling menarik komposer lagu Meniti Waktu ini tak lain tak bukan ialah Adnan Abu Hassan. Sedikit informasi tentang Fahd Ezuan dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kepada Fahd Ezuan, Abang Nara doakan kejayaan anda menempuh dunia seni yang penuh dengan pancaroba ini. Anda boleh LIKE Facebook Fahd Ezuan atau follow Fahd Ezuan di Twitter.

Fahd Ezuan atau nama sebenar Wan Mohd Izuan bin Wan Omar, 23 tahun merupakan artis baru yang melahirkan single pertama berjudul  ‘Meniti Waktu(lagu dan lirik:Adnan Abu Hassan).  Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1989 dan berasal dari Kuala Terengganu .  Beliau merupakan anak kedua dari enam orang adik beradik. Merupakan penuntut Kolej PTPL Terengganu dalam bidang Diploma Seni Kulinari. Beliau mengakui meminati bidang masakan namun minat terhadap nyanyian lebih kuat sehinggakan beliau  berazam mahu menjadikan nyanyian sebagai kerjaya. Beliau memulakan bidang nyanyian sejak dari kecil lagi dengan menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian dan pernah menjuarai beberapa pertandingan yang beliau sertai. Antaranya Idola Bandaraya Terengganu pada 2011. Dengan itu semangat beliau makin berkobar-kobar untuk meneruskan bakat nyanyian yang beliau miliki. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang Seni Suara melalui penyanyi dan pencipta lagu-lagu rakyat negeri Terengganu sendiri. Dengan itu,dengan sokongan daripada keluarga dan juga gurunya menyemarakkan lagi usaha beliau untuk meneruskan karier sebagai seorang penyanyi yang berjaya.

Sebelum ini beliau kerap kali mengadakan persembahan bersama kombo RTM Terengganu dan Kelab Kebudayaan Terengganu dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air seperti Faizal Tahir,Bunkface,Hujan,Shiha(mentor),Black dan Faizal(AF) di konsert Sultan Mizan Cup 2011 dan bersama Ella dan Nassier Wahab di Majlis Makan Malam Diraja. Beliau juga selalu dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis makan malam di sekitar negeri Terengganu.

Memilih Adnan Abu Hassan sebagai komposer untuk single pertamanya,beliau mempertaruhkan lagu berentak balada. Lagu ‘Meniti Waktu’ merupakan sebuah lagu sedih yang berkisahkan tentang pejalanan meniti hari-hari yang sukar  untuk pergi selama-lamanya meninggalkan orang tersayang. Beliau amat meminati lagu-lagu yang dihasilkan oleh Adnan Abu Hassan sejak dari dulu dan yakin lagu-lagu ini masih lagi diperlukan disamping lagu-lagu berentak moden seperti hip-hop,k-pop dan sebagainya yang menjadi pilihan remaja kini. Pertemuanya dengan Komposer terkenal Adnan Abu Hassan ini di konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia sebagai penyanyi latar untuk Faizal AF4, menghasilkan lagu ‘Meniti Waktu’ tersebut.

Selepas dua bulan single ini dilancarkan Alhamdulillah lagu ’Meniti Waktu’ ini mendapat sambutan yang agak baik di stesen radio tempatan. Lagu ini menjadi juara carta di Terengganu Fm dan kerap kali diputarkan di Manis Fm yang merupakan stesen radio pilihan utama di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang. Sebagai pendatang baru dalam industri muzik,beliau mengharapkan agar kehadiran beliau dapat diterima dengan baik dan sentiasa bersedia menerima apa jua pandangan dan berjanji akan terus memperbaiki diri beliau agar menjadi sebagai seorang penyanyi dan ikon yang terbaik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 Comments

  1. Sagitarius Guy

    June 14, 2012 at 11:27 pm

    Korg jgn nk kutuk artis2 baru ok.. nnti zed zaidi bley saman korg. Zed Zaidi ckp klu nk kutuk, kutuk Aaron Aziz atau artis K-POP. haha.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top