Hampir setiap hari, ada sahaja artis baru tak kiralah pelakon, penyanyi atau pelawak yang cuba mencipta nama di dalam industri hiburan Malaysia. Yang pasti bukan senang untuk menjadi popular sekiranya anda tidak ada pakej yang lengkap. Bagi Abang Nara, Fahd Ezuan, seorang penyanyi baru ini ada kesemua ciri-ciri yang dikehendaki untuk menjadi nama besar dalam dunia nyanyian.
Kacak kan? Tapi peminat sekarang orang tak hanya pandang rupa, kualiti pun kena ada. Dan Abang Nara kagum juga mendengar suara Fahd Ezuan menyanyikan singlenya yang bertajuk “Meniti Waktu”.
Not bad kan? Paling menarik komposer lagu Meniti Waktu ini tak lain tak bukan ialah Adnan Abu Hassan. Sedikit informasi tentang Fahd Ezuan dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kepada Fahd Ezuan, Abang Nara doakan kejayaan anda menempuh dunia seni yang penuh dengan pancaroba ini. Anda boleh LIKE Facebook Fahd Ezuan atau follow Fahd Ezuan di Twitter.
Fahd Ezuan atau nama sebenar Wan Mohd Izuan bin Wan Omar, 23 tahun merupakan artis baru yang melahirkan single pertama berjudul ‘Meniti Waktu(lagu dan lirik:Adnan Abu Hassan). Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1989 dan berasal dari Kuala Terengganu . Beliau merupakan anak kedua dari enam orang adik beradik. Merupakan penuntut Kolej PTPL Terengganu dalam bidang Diploma Seni Kulinari. Beliau mengakui meminati bidang masakan namun minat terhadap nyanyian lebih kuat sehinggakan beliau berazam mahu menjadikan nyanyian sebagai kerjaya. Beliau memulakan bidang nyanyian sejak dari kecil lagi dengan menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian dan pernah menjuarai beberapa pertandingan yang beliau sertai. Antaranya Idola Bandaraya Terengganu pada 2011. Dengan itu semangat beliau makin berkobar-kobar untuk meneruskan bakat nyanyian yang beliau miliki. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang Seni Suara melalui penyanyi dan pencipta lagu-lagu rakyat negeri Terengganu sendiri. Dengan itu,dengan sokongan daripada keluarga dan juga gurunya menyemarakkan lagi usaha beliau untuk meneruskan karier sebagai seorang penyanyi yang berjaya.
Sebelum ini beliau kerap kali mengadakan persembahan bersama kombo RTM Terengganu dan Kelab Kebudayaan Terengganu dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air seperti Faizal Tahir,Bunkface,Hujan,Shiha(mentor),Black dan Faizal(AF) di konsert Sultan Mizan Cup 2011 dan bersama Ella dan Nassier Wahab di Majlis Makan Malam Diraja. Beliau juga selalu dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis makan malam di sekitar negeri Terengganu.
Memilih Adnan Abu Hassan sebagai komposer untuk single pertamanya,beliau mempertaruhkan lagu berentak balada. Lagu ‘Meniti Waktu’ merupakan sebuah lagu sedih yang berkisahkan tentang pejalanan meniti hari-hari yang sukar  untuk pergi selama-lamanya meninggalkan orang tersayang. Beliau amat meminati lagu-lagu yang dihasilkan oleh Adnan Abu Hassan sejak dari dulu dan yakin lagu-lagu ini masih lagi diperlukan disamping lagu-lagu berentak moden seperti hip-hop,k-pop dan sebagainya yang menjadi pilihan remaja kini. Pertemuanya dengan Komposer terkenal Adnan Abu Hassan ini di konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia sebagai penyanyi latar untuk Faizal AF4, menghasilkan lagu ‘Meniti Waktu’ tersebut.
Selepas dua bulan single ini dilancarkan Alhamdulillah lagu ’Meniti Waktu’ ini mendapat sambutan yang agak baik di stesen radio tempatan. Lagu ini menjadi juara carta di Terengganu Fm dan kerap kali diputarkan di Manis Fm yang merupakan stesen radio pilihan utama di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang. Sebagai pendatang baru dalam industri muzik,beliau mengharapkan agar kehadiran beliau dapat diterima dengan baik dan sentiasa bersedia menerima apa jua pandangan dan berjanji akan terus memperbaiki diri beliau agar menjadi sebagai seorang penyanyi dan ikon yang terbaik.

BeautifulNaraJunior
June 14, 2012 at 9:19 pm
Seriously!!! Bukan nk kutuk..tp Fahd Ezuan kena perbaiki lagi cara sebutan..patah patah lagu tu..pelik sangat bunyinya…then mcm sepatah sepatah…
Kena baiki banyak lagi cara nyanyian…
aku anon
June 13, 2012 at 7:34 pm
kacak tang mana nye lah abg nara oii..
tak perlu lah ckp “kacak kan?”
LOL
bledimer
June 13, 2012 at 4:46 am
nice voice….really touching
zaza
June 12, 2012 at 4:58 pm
nape mcm sore jamal abdillah? helo,kte dah ada jamal abdillah dlm industri.xperlu lg kot jamal no 2. =.=
btw, abg nara pernah promote sorang artis baru dulu yg cover lagu bunga2 cinta.siapa nama dia ek? xdgr citer lg dah. adakah dy ni bakal alami nasib sama? tunggu..
dotdot
June 12, 2012 at 3:05 pm
x sedap langsung..lagu yg ade skrg pn smpai x sempat nk dgr..nie nk tambah lg.. emm..hampeh,x sedapnyer