“Fahamlah Kenapa Ustaz Wadi Balik Awal” – Netizen Yang Segan Tengok Tetamu Jerit Suruh Pengantin ‘Kiss’

Hiburan

“Fahamlah Kenapa Ustaz Wadi Balik Awal” – Netizen Yang Segan Tengok Tetamu Jerit Suruh Pengantin ‘Kiss’

Sedia maklum, pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann sudah selamat disatukan pada Sabtu lalu dan kemeriahan majlis resepsi mereka masih dapat dirasai hingga ke hari ini.

Terbaru, tular satu video memaparkan selebriti, Ain Edruce menjerit perkataan ‘kiss’ ketika Dini menyarungkan cincin di jari Janna.

Advertisement

Video beberapa saat itu tular di platform TikTok hingga meraih 1.4 juta tontonan dalam kalangan pengguna.

Bukan saja Ain, malah ada juga beberapa tetamu yang lain turut menjerit perkataan tersebut sambil ketawa di antara satu sama lain.

Meninjau di ruangan komen video yang sedang menular di platform tersebut, rata-rata netizen mengaitkan situasi tetamu ketika itu dengan kehadiran penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar.

komen netizen

Kebanyakkan netizen menganggap tetamu yang hadir sepatutnya menghormati Ustaz Wadi dan situasi yang berlaku sudah semestinya membuat penceramah tersebut berasa kurang selesa.

wadi
2 years ago

"Saya Tak Makan, Tak Bergambar.." - Ustaz Wadi Annuar Mengaku Balik Awal Lepas Nampak Janna Nick

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...