Fafau Dan Wahid Bakal Diberhentikan, Zizan Akan Jadi Pengacara Melodi?

Hiburan

Fafau Dan Wahid Bakal Diberhentikan, Zizan Akan Jadi Pengacara Melodi?

melodi

Melodi. Satu rancangan yang sangat penuh dengan kontroversi. Abang Nara kalau hujung minggu bosan-bosan tak buat apa memang akan layan Melodi. Best jugak tengok si Fafau dan si Wahid tue buat lawak. Teringat zaman Melodi dulu-dulu masa kak Ogy ngan Kak Engku jadi pengacara. Memang best masa tue. Meletop~~~

Advertisement

Semalam di Harian Metro ada keluar satu cerita yang mengatakan bahawa Wahid Senario dan Fafau akan diberhentikan daripada menjadi pengacara Melodi. Fikir punya fikir, logik jugak gosip ini. Sebabnya sekarang ini kadang-kadang Zizan Raja Lawak turut sama mengacara Melodi. Mungkin nak latih Zizan untuk ambil alih sepenuhnya Melodi suatu hari nanti.

Bagus jugaklah ditukar pengacara Melodi. Dah lama sangat Fafau dan Wahid jadi pengacara. Dekat 5,6 tahun dah rasanya. Kasi can kepada muka baru pulak. Mungkin pihak krew Melodi ingin membuat pembaharuan. Harap-harap jangan jadi macam rancangan Nona. Dengar ceritanya rating program Nona tetap sama walaupun dah lantik Vanida Imran jadi pengacara.

Abang Nara pasti akan tengok Melodi tiap-tiap minggu kalau Zizan jadi pengacara semata-mata nak dengar lawak dia. Korang pulak macam mana?

P.S: Kalau tak ada idea nak memasak lauk pauk, website OhResepi memang jawapan terbaik untuk masalah anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...