Pelakon Faezah Elai menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak tirinya yang dikenali sebagai Adam yang ke-12.
Perkongsian tersebut dikongsikan Faezah menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.
So yesterday was Adam’s 12th birthday. He lived in with me when he was just 2 and now he’s 12? Haihhh.. how time flies.
We fight most of the time sebab dia memang kuat mengusik. Perangai macam pak dia jugak. Orang Penang kata ‘juah’ wooo!
Menurut Faezah, dia juga keliru sama ada Adam yang sudah semakin tinggi ataupun dia yang rendah sekarang ini kerana dia sudah besar namun dia masih kecil dalam pandangannya.
Dalam pada itu, Faezah turut mendoakan agar anak tirinya itu membesar menjadi anak yang soleh terhadap kedua ibu bapanya.
I’m not sure if doaibu tiri ni sekuat doa ibu kandung but one thing for sure my prayers for Adam will never cease as long as i live.
Perkongsian tersebut sehingga kini sudah pun menerima hampir 5,000 tanda suka daripada peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.
Sekadar info, Faezah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.