Pelakon Faezah Elai mengakui bahawa dia tidak mempunyai ramai kawan kerana enggan terlibat dalam pertelingkahan yang mungkin timbul kelak.
Menurutnya, kalangan sahabat yang ada kini hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang sudah dikenali sejak zaman bangku sekolah, namun persahabatan itu memberi makna yang cukup besar buat dirinya.
Advertisement
“Saya rapat dengan beberapa orang saja.. tapi yang sikit itu la paling bermakna untuk saya. Less friends less drama, jadi kalangan rakan saya memang tak ramai sejak zaman sekolah,”
Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md Elai, 38, berkata dia dan teman-temannya digelar ‘geng masyarakat majmuk’ ketika di bangku sekolah kerana terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Isteri kepada pengarah terkenal, Heykal Hanifah ini turut juga mengimbas kembali kenangan ketika di sekolah dan menulis mengenai tempoh persabahatan yang sudah hampir mencecah 22 tahun.
“Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38! Rasa macam mimpi pula,”- Faezah Elai
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Anonymous
June 23, 2020 at 3:53 pm
Da anak² dan suami kaya pe da kisah kannn….???