Faezah Elai Tak Kisah Kurang Kawan, – “Less Friends Less Drama”

Hiburan

Faezah Elai Tak Kisah Kurang Kawan, – “Less Friends Less Drama”

Pelakon Faezah Elai mengakui bahawa dia tidak mempunyai ramai kawan kerana enggan terlibat dalam pertelingkahan yang mungkin timbul kelak.

Menurutnya, kalangan sahabat yang ada kini hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang sudah dikenali sejak zaman bangku sekolah, namun persahabatan itu memberi makna yang cukup besar buat dirinya.

Advertisement

“Saya rapat dengan beberapa orang saja.. tapi yang sikit itu la paling bermakna untuk saya. Less friends less drama, jadi kalangan rakan saya memang tak ramai sejak zaman sekolah,”

Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md Elai, 38, berkata dia dan teman-temannya digelar ‘geng masyarakat majmuk’ ketika di bangku sekolah kerana terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

 

View this post on Instagram

 

Hallo Abah PM? Boleh dak kami nk balik raya penang? Masa PKP kami semua tk keluaq rumah,pagaq rumah pon tk sampai lg.. so alhamdulillah lah kami semua bebas covid.. Bukan apa lani kt penang musim Derian.. jarang woo time raya jatuh musim derian.. musim derian setahun sekali ja.. klu boleh nanti sy belanja musang king ? Boleh dak? . Lagi satu bukan apa,adik sy @suzzannaelai dia dh order kuih kapit 10 balang kt penang,klu tk balik membazir.. sesungguhnya membazir tu kan amalan syaitonn.. Boleh dak?? AisehmennnnnTk boleh jugak??!! (Berlari lari menuju bucu katil sambil menangis ayaq mata darah ?? ??) . My Mom : Hg pasai apa yg gatai sgt nk balik penang? Aku dok tang ni.. hg nk jumpa sapa yg kalut nk balik? . Me : Dak aihh.. tgk mak mentua.. . My mom : Mak mentua hg dok kulim bukan penang!! Hg tk payah dok buat akai!! . When ur mom don’t understand about Raya memories.. nk balikkkk rayaa wehhh!! . P/s : relax2 melawak ja.. ampa tk payah dok buat terok.. . Yg tk boleh balik raya mcm hakak jom lah ber huhu beramai ramai.. ?? . #ceritanakbalikraya #nakbalikrayawoi #penangites #hakakredho #faezahelai

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

 Dia menyuarakan pendapatnya itu baru-baru ini di laman instagram miliknya yang memaparkan beberapa foto ketika berjumpa dengan sahabat lama.

 

View this post on Instagram

 

Its been ages since the last time we met.. My cray2 bff since school.. I’m close to very few people.. but those few people mean everything to me.. Less friends less bullshit and drama so I always keep my circle small dari zaman sekolah lg.. actually ada sorang lagi.. chinese girl.. depa panggey kami Geng masyarakat majemuk, malay,indian and chinese ?? . Bila lama tk jumpa with limited time,dua2 nk ckp,hg ckp aku ckp,sapa nk dengaq ?? . Is so good to see you babe,lets find 1 fine day to lepak together with eileen then all 3 of us start talking and i wonder who will listen.. ? . Dulu dok lepak kt katin sekolah masa umoq 16 tahun,lani dh 38 wehhh… ishh rasa mcm 2 3 hari sudah dok pakai baju sekolah.. lani dok hantaq anak pulak pi sekolah.. ehh rasa mcm mimpi pulak.. . P/S : Depa tkdak ig,cheq ingat cheq yg old school,depa lgi terok.. ?? buta IT jugak.. buta IT tkpa jgn buta peghot!! ? . #penangites #bff #schoolmates #CGLians #conventgirls #conventgreenlane #missingthosedays #oldmemories #penanggirl #faezahelai #hijabi #hijabista #hijabfashion #hijabers #feelingblessed #lovelovelove #faezahelai

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Isteri kepada pengarah terkenal, Heykal Hanifah ini turut juga mengimbas kembali kenangan ketika di sekolah dan menulis mengenai tempoh persabahatan yang sudah hampir mencecah 22 tahun.

“Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38! Rasa macam mimpi pula,”- Faezah Elai

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...